Jumaat, Mei 06, 2011

Kenapa Kena BerBlog .

Kenapa kene Ada blog??
Ada tak orang sekeliling korang tanya, “kenapa kene ada blog?” atau “blog tu untuk pe? apa faedahnya” atau mungkin juga “blog? Pekejadahnye tu? Tak pernah dengo pun.”

Kalau ada, ha, di sini aku sediakan jawapan untuk semua soalan yang nak kata bengong, tak adalah bengong sangat pun….Tapi apa yang aku tulis kat sini bukanlah jawapan yang tepat apatah lagi sahih dan fakta. Ni jawapan aku. Mengikut pemikiran otak yang sebesar penumbuk aku ni.

Ok.Em.Blog.

Blog ni macam lebih kurang website la. Ada banyak domain untuk buat blog seperti blogspot.com, xxxxxx.com dan lain-lain lagi. Blog ni ada macam-macam tujuan mengikut keinginan individu masing-masing. Ada yang  berniaga barangan macam tudung, baju, pil kurus, vcd cetak rompak dan sebagainya. Tapi, for most cases, blog ni dibuat sebagai diari atau catatan harian atau perkongsian sesuatu.

Yang aku nak cerita ni, dari sudut diari lar…sebab aku nye blog lebih kepada cerita aku jer…ye la..buat apa aku nak cerita pasal korang, kan?

……………………………..(bunyi cengekerik mencecah sunyi)……………………………………

Ok.

Sebenarnya, bila kita dah tua nanti, dan bosan-bosan sebab anak or cucu tak balik kampong, ha…kita bolehlah baca blog kita time tu. Mesti seronok sangat bila teringat zaman muda-muda dulu. Lagipun,bila kita dah tua, kita asyik lupa je.

Macam aku umur 20tahun4bulan sekarang ni, bila aku baca balik intipati, entri blog aku yang lepas2, aku rasa syok sendiri la pulak. Aku kadang-kadang tak ingat pun aku ada taip ke cerita-cerita berkenaan. Hm..Seronok, seronok !

Hehehehe. Pastu, bila cucu kita punya kawan nampak kita ni tengah main blog, dorang akan cakap cam ni tau : 
“pergh, nenek ko pernah ada blog dulu."
  “fuyoo, nenek ko main internet.”
  “gila la wei, moyang ko tak buta IT”

Ha..Mesti membanggakan tau….

Hahahaha. Jauh tak pemikiran aku. Hehehe…Ye la..aku ni kan kuat berangan… Tapi tu semua boleh terjadi kalau umur masih panjang la. Insya-Allah.

Hm. Tu je ke sebabnya aku buat blog? Erm….

Hehehehe. Secara jujurnya. Secara sejujur-jujurnyalah. Sejujur-jujur-jujurnya, aku buat  blog ni sebab aku rasa seronok menaip dan berkongsi cerita pasal aku. Aku rasa sepanjang hidup aku ni, aku dah lalui macam-macam perkara yang menarik gila-gila. Aku nak share cerita-cerita aku dan itu bermaksud aku dah bersedia untuk orang tahu kisah aku. Mungkin orang boleh ketawa dengan baca cerita aku, mungkin orang boleh nangis, mungkin orang boleh kongsi perasaan dan nasihat sebab masing-masing ada jalan cerita yang tersendiri.

Manalah tahu, ada orang yang sangat naïf dengan dunia ini, dapat mengambil iktibar dari cerita aku.manalah tahu kan…

Aku tak berniat nak menjana wang melalui blog pun. Aku Cuma nak rasa seronok……biarlah aku syok sendiri pun…asalkan aku rasa seronok……

P.s : Kalau blogspot kene delete, tamatlah jugak riwayat blog aku. Moga panjang umur sehingga ke anak cucu wahai blogspot.com !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini