Khamis, Julai 07, 2011

Kepada Penunggang Motorsikal Yang Aku CINTAI ~

Jarang sekali aku buat entri yang marah-marah ni. Tapi aku memang dah agak hangin jugak la. Soalan no. 1 dan terakhir aku untuk entri ni ialah, Kenapa?

Kenapa apa?

Ha. Ini cerita dia.
Aku sedang menunggang motorsikal dengan kelajuan yang stabil dan purata 80km/j. Kadang-kadang apabila ada perkara menarik di seberang jalan, aku akan curi-curi tengok sebentar. Tapi selepas itu, aku akan fokus kembali pada pemanduan. Sedang aku menyusuri jalan raya yang kiri kanannya merupakan rumah penduduk, tiba-tiba sebuah motor menyusup masuk terus ke arah lorong kecemasan yang sedang aku lalui. Kalau motor tersebut menuju ke arah yang sama, tidak mengapalah. Tetapi, dengan selamber badaknya, dia masuk lorong kecemasan yang sedang aku lalui, dan menghala ke arah bertentangan. Saat itu hanya ada dua pilihan. Satu, mengelak. Dua, langgar je ! Aku pilih untuk mengelak. Of course ! Kemudian, aku meneruskan pemanduan dengan selamat. Selepas tu, aku terjumpa lagi kejadian yang sama. Esoknya, jumpa lagi. Lusa pun, aku jumpa lagi keadaan yang sama. Tu buat aku hangin tu.

Aku ini bukanlah insan yang handal apatah pula pakar membawa motorsikal ini. Aku cuma manusia biasa yang ingin menggunakan jalan raya dengan selamat. Selamat pergi, dan selamat kembali ke destinasi. Bukanlah juga aku ini orang yang patuh pada peraturan jalan raya.  

TAPI,

Kenapalah malas sangat nak berhenti dulu kat simpang rumah korang tu? Kenapalah malas sangat nak melintas jalan terlebih dahulu? Haiya, susah sangat ke?????

Dalam kebanyakkan kes yang aku alami, ada satu kejadian yang hampir mengancam nyawaku. Masakan tidak. Motorsikal aku hampir bertembung dengan motor yang tiba-tiba menyusup dari simpang rumahnya. Aku terpaksa mengelak dengan pantas. Tetapi aku dihon pula oleh kereta yang sedang laju di belakangku.  Nasib baik kereta tersebut yang kebetulan hendak memintas aku, tidak melanggar aku. Itu kalau nasib baik. Kalau nasib tak baik, ke hospital la jawabnya.

Kalau ikutkan hati, mahu saja aku langgar motor-motor yang berperangai sedemikian. Tapi, bila fikir-fikir balik, orang tersebut dan aku juga yang akan cedera akhirnya. Atau lebih teruk, K.O !

Jadi, nasihat aku kepada penunggang motorsikal,
1.      1.  Berhentilah di persimpangan sebelum melintas.
2.      2. Sila melintas jalan raya dengan selamat terlebih dahulu.
3.      3. Jangan menyusup masuk jalan raya arah bertentangan, bengong!
4.       4. Pandu bijak, jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang. Tak pun, fikirkanlah nyawa orang lain kalau rasa-rasa macam dah kurang sayang terhadap nyawa sendiri. Oppssss !

p/s : Banyak kali aku alami kes-kes macam ni. Dan yang melakukannya, terdiri dari semua peringkat umur, kecuali bayi ,etc. (Yang boleh memandu motorsikal je lah. Tak termasuk OKU or etc. okay.)

p/s/s : baru2 ni aku hampir dilanggar treler sebab budak yg bw motor tanpa helmet dan buat perangai sebegini lah !