Oh, No ! Tak tahulah nak gumbira ke , excited ke, sedih ke or campurkan je semua perasaan macam ABC. Erm, sedap gak fikir pasal ABC bulan-bulan puasa ni. Anyway, lagi berapa hari je nak raya. Tapi sebelum raya kita Merdeka dulu. Selamat Hari Merdeka !
Huh ! Fuh !
Biasanya dah last-last minit macam ni baru nak terkecoh-kecoh pasal persiapan raya. Ye la, kalau prepare awal sangat, nanti bila hujung puasa dah kurang excited dah nak sambut raya.
Macam-macam keadaan yang setiap seorang alami sekarang ni. Mungkin ini kali pertama mereka sambut raya di perantauan, mungkin ini kali pertama sambut raya sebagai orang yang bekerja, mungkin ni kali pertama sambut raya sebagai isteri/suami/duda/janda/ibu/bapa ataupun yatim.
Maaflah kalau tersentuh sensitivity sapa-sapa. Tapi hakikat tak dapat disangkal kan.
Kalau diimbas kembali, zaman dulu maksud Shyima time Shyima raya dulu, sangat meriah. Gila-gila meriah kot !
Sebelum raya, mesti satu family sibuk sangat2 nak bersihkan rumah. Dan-dan lantai yang x pernah di mop akan bersih berkilat macam baru beli. Dan-dan gak la outer rumah dah bertukar warna(tapi dalam warna x tukar larh,x cukup bajet), dan time tu jugak la sawang-sawang yang selama ni bermaharajalela disapu habis.
Hehehehe.Bukan maksudnye rumah Shyima ni over kotor. Even ada sikit pun, kene bersihkan jugak.
Tapi, itulah keseronokannya. Buat semua bersama-sama.
Baju raya pun mesti baru terkocoh-kocoh nak cari. Pas2 yang memang ditempah kat tukang jahit pulak, mesti korang2 sibuk push makcik tu siapkan cepat-cepat. Padahal baju raya dia sendiri entah siap entah tak.
Zaman berubah, keadaan pun makin berubah. Tapi ada sumting yang masih x berubah.
Mercun !
Ish,ish,ish……………… kan kerajaan dah haramkan main mercun ni !
Hah, kalau dulu-dulu kan. Shyima pernah main meriam dari pokok pinang, meriam paip dan meriam tanah. Gila best ! Pastu akan ade la pertandingan bunyi meriam antara jiran. Even jarak rumah jauh pun, tapi bunyi yang menjadi taruhan.
Kalau pihak lawan letupkan meriam tapi bunyi cam kentut je, memang kene bantai gelak la dengan kiteorang. ‘HAHAHAHAHA !
Bunyi macam kentut !’
Tapi sekarang ni x main dah meriam. Main mercun aje. Sahaja !
Hehehe, kalau dulu pelbagai mercun ada. Paling wajib ada, mercun papan, mercun gasing, mercun bola, mercun lalat, mercun roket, thunder clap, bunga api, mercun ketupat. Hehehe..Macam biasalah, lawan dengan jiran sapa punye paling gempak.
Sekarang pun ada main jugak mercun. Mercun pop-pop. Huh ! itu dikira sebagai mercun ke??? Boleh la. Huh, Zaman sekarang , permainan mercun ni dah x semeriah dulu. Ye la, budak-budak zaman sekarang kan dah advance, mercun bola tu bagi dorang x cukup gempak kot. Pastu pandai-pandai nak adjust sendiri. Adeilar…
Hehehe..Kuih raya. Huhuhuhu…zaman sekarang banyak tunjuk je….tapi Shyima n family mesti ada yang buatan tangan jugak lar…Lagi-lagi shyima nak bagi bf shyima rasa kuih buatan shyima…(mesti x sedap).
Urm…raya,raya……Nanti shyima nak bebel lagi pasal raya
…