Rabu, September 07, 2016
Khamis, Julai 07, 2011
Kepada Penunggang Motorsikal Yang Aku CINTAI ~
Jarang sekali aku buat entri yang marah-marah ni. Tapi aku memang dah agak hangin jugak la. Soalan no. 1 dan terakhir aku untuk entri ni ialah, Kenapa?
Kenapa apa?
Ha. Ini cerita dia.
Aku sedang menunggang motorsikal dengan kelajuan yang stabil dan purata 80km/j. Kadang-kadang apabila ada perkara menarik di seberang jalan, aku akan curi-curi tengok sebentar. Tapi selepas itu, aku akan fokus kembali pada pemanduan. Sedang aku menyusuri jalan raya yang kiri kanannya merupakan rumah penduduk, tiba-tiba sebuah motor menyusup masuk terus ke arah lorong kecemasan yang sedang aku lalui. Kalau motor tersebut menuju ke arah yang sama, tidak mengapalah. Tetapi, dengan selamber badaknya, dia masuk lorong kecemasan yang sedang aku lalui, dan menghala ke arah bertentangan. Saat itu hanya ada dua pilihan. Satu, mengelak. Dua, langgar je ! Aku pilih untuk mengelak. Of course ! Kemudian, aku meneruskan pemanduan dengan selamat. Selepas tu, aku terjumpa lagi kejadian yang sama. Esoknya, jumpa lagi. Lusa pun, aku jumpa lagi keadaan yang sama. Tu buat aku hangin tu.
Aku ini bukanlah insan yang handal apatah pula pakar membawa motorsikal ini. Aku cuma manusia biasa yang ingin menggunakan jalan raya dengan selamat. Selamat pergi, dan selamat kembali ke destinasi. Bukanlah juga aku ini orang yang patuh pada peraturan jalan raya.
TAPI,
Kenapalah malas sangat nak berhenti dulu kat simpang rumah korang tu? Kenapalah malas sangat nak melintas jalan terlebih dahulu? Haiya, susah sangat ke?????
Dalam kebanyakkan kes yang aku alami, ada satu kejadian yang hampir mengancam nyawaku. Masakan tidak. Motorsikal aku hampir bertembung dengan motor yang tiba-tiba menyusup dari simpang rumahnya. Aku terpaksa mengelak dengan pantas. Tetapi aku dihon pula oleh kereta yang sedang laju di belakangku. Nasib baik kereta tersebut yang kebetulan hendak memintas aku, tidak melanggar aku. Itu kalau nasib baik. Kalau nasib tak baik, ke hospital la jawabnya.
Kalau ikutkan hati, mahu saja aku langgar motor-motor yang berperangai sedemikian. Tapi, bila fikir-fikir balik, orang tersebut dan aku juga yang akan cedera akhirnya. Atau lebih teruk, K.O !
Jadi, nasihat aku kepada penunggang motorsikal,
1. 1. Berhentilah di persimpangan sebelum melintas.
2. 2. Sila melintas jalan raya dengan selamat terlebih dahulu.
3. 3. Jangan menyusup masuk jalan raya arah bertentangan, bengong!
4. 4. Pandu bijak, jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang. Tak pun, fikirkanlah nyawa orang lain kalau rasa-rasa macam dah kurang sayang terhadap nyawa sendiri. Oppssss !
p/s : Banyak kali aku alami kes-kes macam ni. Dan yang melakukannya, terdiri dari semua peringkat umur, kecuali bayi ,etc. (Yang boleh memandu motorsikal je lah. Tak termasuk OKU or etc. okay.)
p/s/s : baru2 ni aku hampir dilanggar treler sebab budak yg bw motor tanpa helmet dan buat perangai sebegini lah !
Jumaat, Mei 06, 2011
Skuter, Kau Telah Menghiris Kakiku.......
Skuter, kau telah menghiris kakiku….
Betapa aku terasa pilu dan sebak di dalam hati tatkala terkenang peristiwa lama. Bukan aku tidak mahu mengingatinya lagi. Tetapi, memori itu hanya datang menyinggah sejenak tatkala aku terpandang kelibat skuter kanak-kanak itu. Ianya satu peristiwa yang berdarah. Di kala aku menjelang usia belasan tahun yang ku kira sekitar 11 atau 12 tahun. Ah, aku pun tak pasti.
Al-maklumlah bagi kanak-kanak untuk bersifat hiperaktif dan terkinja-kinja. Apatah pula, mendapat mainan yang baru dan menjadi trend masa itu. Ya..Masih ku ingat keseronokan dalam berpura-pura menjadi salah satu watak Teletubbies iaitu Po.
Tidak susah bermain skuter itu. Hanya perlu pegang pada pemegangnya (handle) dan bagi mereka yang biasa menggunakan kaki kanan berikutan kaki kanan mempunyai daya yang lebih kuat, akan meletakkan kaki kiri di atas base skuter. Kaki kanan akan menolak sehabis daya untuk mencapai kelajuan yang termampu.
Di tayar belakang skuter, disediakan brek kaki. Walaupun sebenarnya boleh je kalau nak break dengan cara tahan kaki kat lantai atau lompat turun je dari skuter tu. Tapi, biasalah. Dah skuter tu dah ada brek, aku kene lah manfaatkannya. Ok.
Time tu aku main dalam rumah. Kat ruang tamu. Tengah hari. Mama sibuk-sibuk daripada memasak dan bersiap sedia nak pergi ambil adik (Epoi) dari sekolah.
Aku pulak tengah speed kat ruang tamu. Ye, speed tu mestilah x melebihi 30km/j pun. Skuter jer…..Pastu aku pun cuba la nak break guna brek kaki …’zupp’. Aku terasa pedih tiba-tiba. Aku turun dari skuter dan aku dapati, darah menitis-nitis sekitar rumah.
Adei. Pedih gak la. Kaki aku tu sebenarnya termasuk bawah brek dan memijak tayar. Tayar yang sedang berpusing-pusing dengan daya kelajuannya tersendiri, telah drag kaki aku slowly dan zzuuupp, membelah 3 jari kaki aku.
Tapi x delah sampai putus jari tu. Juz belah epidermis dan erm;…apa2lah…Tapi pedihnye bukan kepalang.
Pas sapu minyak gamat, aku lap lah darah aku yang berjejeh-jejeh atas marmar putih sekitar rumah.
Tapi, aku x de fobia dengan skuter tu. Cuma, makin kita membesar, kita dah x sesuai la nak main benda tu. Apatah lagi kalau ‘membesar’ dari segi saiz dan tubuh badan. Kalau naik gak skuter tu, mau patah dua wooo….em,,, Kesan hirisan tu masih kekal di jari kakiku sehingga kini….
P/s : Hahaha. Sapa rasa aku patut ambik sastera, angkat ketiak????!!!! Ok, x de la kesusasteraan sangat bahasa aku pun. Hei, pesanan penaja di sini bukan untuk menjatuhkan syarikat yang jual skuter mainan tu. Pesanannya, pandu cermat jiwa selamat lar….
Hehehehe…
Rabu, Mei 04, 2011
Cadangan Hadiah Hari Ibu ~
Apa Yang Terbaik Untuk Ibu anda....
Memandangkan hari Ibu ni dah nak dekat, teman nak bagi cadangan sikit la tentang hadiah apa dan macam mana yang sesuai untuk ibu anda.
Yang paling utama sekali, korang kenalah anggap ibu korang macam kawan baik korang. Dan bagi yang lelaki, bolehlah anggap macam awek/marka/girlfriend korang.
Adalah sangat tidak patut sekiranya anda menghadiahkan kuali /sudip atau mop lantai sebagai hadiah kepada seorang Ibu walaupun ibu anda asyik mengadu mop di rumah anda telah patah atau bontot kualinya telah hitam hangus.
Cuba bayangkan jika hari jadi anda sudah hampir dan di hati anda mengharapkan hadiah seperti teddy bear, Playstation atau Handphone. Tapi akhirnya, korang dapat buku mata pelajaran,tak pun buku motivasi ke. Ha ! Tak ke kecewa perasaan korang.
Walaupun ibu anda mengalami penyakit sebagai contoh, pasti dia tidak akan berasa gembira sekiranya anda menghadiahkan ubat kepadanya.
So, aku ada beberapa cadangan hadiah hari Ibu untuk korang pertimbangkan selain daripada ucapan ingatan tulus ikhlas :
- Perfume
- Barang kemas tulen
- Jam tangan
- Handbag
- Kasut
- Set Make-up tulen
- Potret wajah ibu anda berbingkai besar
- Handphone
- Percutian
- Kupon (beri Ibu anda beberapa helai Kupon. Atas Kupon tu anda tulislah “kupon mengurut ibu selama sehari : tempoh kupon sehari”. Ni contoh je lah. So, kupon tu akan berkuat kuasa dari saat ibu anda mengemukakan/tuntut (claim) kupon tu. Tak pun tulis “Kupon Basuh Pinggan Seminggu” etc.
- Baju jubah, kurung ,kaftan, etc. Sekarang kan banyak fesyen yg bukan main lagi vogue-da-vast ! Belilah untuk ibu anda !
- Tudung eksklusif !
- Pin tudung eksklusif.
- Beri apa-apa mengikut minat ibu anda.
Sekarang ni, itu je lah yang aku terfikir. Kalau anda ada cadangan yang gempar gempur lagi, sila la tinggalkan komen !
Pesanan penaja : Sebenarnya, kalau korang tak peningkan dia sehari tu pun dah cukup.
Ahad, April 17, 2011
MUET Sample Essay Mid Year 2011 - The Importance of Friendship
Hey guys. I'm glad MUET is over. I was over-worried. But, I don't quite care about the band anymore. As long as I passed, it is okay. So,as soon as I reached home after the 16th April, I checked the answer of my reading paper. Literally. And I'm kind of satisfied with it.
The number 2 essay: "The Most Important Thing in Life is Friendship. Do you agree? Discuss", well something like that. It sounds easy, right? But for some reasons, I got blank and a bit clumsy that day. So, honestly I'm kind of frustrated with my essay. That's when I decided to remake this essay.
So here it is. I send my essay to someone to be checked out, especially the grammars and the words used. So far, she haven't replied me yet.
Here is the sample (unedited version);
The number 2 essay: "The Most Important Thing in Life is Friendship. Do you agree? Discuss", well something like that. It sounds easy, right? But for some reasons, I got blank and a bit clumsy that day. So, honestly I'm kind of frustrated with my essay. That's when I decided to remake this essay.
So here it is. I send my essay to someone to be checked out, especially the grammars and the words used. So far, she haven't replied me yet.
Here is the sample (unedited version);
The Importance of Friendship
It is as easy as ABC when it comes to find and make friend; or perhaps, friends for those who are diligently-social. Additionally and particularly, despite of the presence of various social networks these days, finding friends is just in our hands or to be exact on our fingertips. According to Oxford Advanced Learner’s Dictionary, friendship is a relationship between friends; the feeling or relationship that friends have; the state of being friends. Yet, so little people know of how important and valuable friendship is.
First and foremost, a friendship blooms when there are sharing of emotions and feelings. Either you happy or sad, frightened or brave, you can express all those kind of feelings to your friends as they might listen to you heartily or with concerned. Real friends usually will laugh upon the jokes you’ve made, cries for your mournful stories, support you, motivate you, advice you and so on. For an easy example, when there’s been death of any relative of yours, you urge to tell someone to share your grief and you might badly want to be hugged and comfort at that moment. So, here’s when friends is needed. It is proved that the tendency of depression (which at most cases end up in suicide) are higher for those with no or less friend and those who often suppressed their feelings all to themselves. So, speak your mind towards trustworthy friends and sense the internal and emotional freedom.
Secondly, friendship can considerably assume as a helping hands. When you or he or she undergoes troubles or difficulties, a sincere helps will be it. No hesitation occurred when helping in friendship compared to giving helps to people you don’t fairly knows. If you are having a pet, for example, but in the same time, needed to go abroad for quite a while, you can surely ask a friend of yours to look after it, and it’s relieving to leave something you love behind with the people you trust. Or maybe for other example, you could ask for your friend to buy medicine and to take care of you if you are sick, and of course, you will absolutely do the same if your friends are having situations too. But, be sure to not be counted as a type of friend who likes ‘taking-advantages’.
Thirdly, a friend can be your critics. There are types of friends whom may concern of appearances, attitudes, etc. You, yourself might not realize whether your shoes are untied or, probably your jeans are unzipped. Do not have high expectation for people that you barely knows to bash and ashamed you. Plus, friends can criticized your outwear so it is suitable for certain occasion, and can trend you to be more fashion-alert. If you are having bad habits like sleep walking for example, and you by any chance did not know about it, that’s where your friends can fix you. Or perhaps, there are some attitudes that most of people you know don’t like about you, your friends can criticize and by that, makes you realize and change. Like most of people think that you are bad-breath for example, by having friends to criticize you, you can make some changes and be liked more.
Last but not least, friendship can change you. It is crucial to be picky when choosing friends because if we have uncivilized friends, we might likely turns out like them. But of course, we can change them to be more morale and civic-concerned. All that depends on one’s willingness and faith, and especially one that can stand and maintained own principles. Vice versa when it happened to be that you are the one with negative attitudes and for some reasons, befriend with those who are civilized etc. (with good attitudes), steadily without you even realized, you will followed the rhythm of the good-morale friends. There are so many illicit and ill-mannered cases nowadays, especially involving teenagers, and mainly when asked of the reasons for such unpleasant actions, they’ll blamed their tendencies to follow their uncivilized friends or they were challenged by them. So, the types of friends can change you and it is advisable to find good friends so you will change to be good or even better.
In a nutshell, the importance of friendship can only be valued by those who have friends. Treat and appreciate them nicely as they are one of your big families. No bills can value the price of a friendship. The more friends you have, the more you’ll be happy. Be sincere of giving anything or any kind cause you might as well received. A friend in need is a friend indeed.
Langgan:
Catatan (Atom)