Untuk mencapai kelepasan dari seksaan kubur atau meringankannya,seseorang Mu'min perlulah melakukan beberapa perkara bagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w dalam Hadith danSunnah :
1. Memelihara Solat 5 Waktu
---------------------------
Berdasarkan Hadith oleh Ibu Hajar Al-Haitami dlm kitabnya"Az-Zawaajir" bahawa orang yg memelihara
Solat Lima Waktu ituakan dihindarkan dari seksaan Kubur; sebaliknya orang yang mengabaikannya maka diwaktu dia mati, mayatnya dihimpitkan Kubur sehingga berselisih tulang rusuknya.
2. Selalu Membaca Surah Al-Ikhlas terutamanya dalam kesakitan yang membawa kematian
------------------------------------------------------- -------
Al-Imam At-Tabaraani mengemukakan Hadith menerusi 'Abdulah
b.Asy-Syakhiir bahawa Rasullullah s.a.w bersabda :"Siapa membaca Qul huwallaahuahad dalam kesakitan yang membawa matinya, tiadalah ia menderitai himpitan Kubur; dan dihari Kiamat kelak, ia dibawa oleh Malaikat dengan telapak tangannya hingga terlepas dari Titian Siratul Muntaha dan sampai keSyurga." (bagi mereka yg beriman).
** Akan tetapi mengikut Hadith yg sama dikemukakan oleh AbuNu'aim adalah didapati sanadnya Maudhuu.
3. Senantiasa membaca Surah Al-Mulk (Tabaarak)pada setiap malam sekurang-kurangnya malam Jumaat.
------------------------------------------------------- ---------
Rasullulah s.a.w menamakan Surah ini dengan "Al-Maani'ah"(Pencegah, penahan dari seksaan) dimana beliau bersabda;"Dialah surah Pencegah yang mencegah pembacanya dari seksaanKubur" Riwayat An-Nasaa'i. Hadis Riwayat At-Turmudzi menerusiIbnu 'Abbaas adalah bertaraf Hasan.
"Siapa yang pada setiap malam membaca Tabaarak.., adalah dia akan dicegahkan oleh Allah 'Azza Wa Jalla dari seksaan Kubur"Hadis Riwayat An-Nasaa'i menerusi Ibnu Mas'uud.
Abu Hurairah dan Jaabir b.Abdullah pernah menerangkan bahwa Rasullullah s.a.w tidaklah beliau tidur malam sehingga beliau membaca Surah alif Laam Miin Al Kitaab (Surah As-Sajdah) danTabaarak
4. Mati Syahid
---------------
Hadith yang diriwayatkan oleh At-Turmudzi dan Ibnu Maajahbahawa antara kelebihan mati syahid kerana menegakkan kalimahAllah ialah seseorang itu akan dijauhkan daripada seksaan kubur.
Salmaa Al-Faarisi menyebutkan bahawa dia mendengar Nabi s.a.wbersabda :
"Mengawal negeri sehari dalam peperangan Sabilillah itu adalahlebih utama".Terkadang berliau bersabda: Lebih baik dari berpuasa (sunat) sebulan dan beribadat (pada malamnya); dan siapa mati di dalam mengawal (termasuk orang yang mati sedanghatinya masih terikat dengan
perjuangan menegakkan kalimah Allah) nescaya terpeliharalah dia daripada fitnah kubur;sedangkan amalannya subur(terus bertambah;dipahalai sebagaihari-hari hidupnya) sampai hari Kiamat."Riwayat At-Turmudzi; Hasan
5. Mati di malam atau siang hari Jumaat
----------------------------------------
Rasullulah s.a.w bersabda :"Tiadalah seseorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat, melainkan Allah memeliharanya dari fitnah kubur"Riwayat At-Turmudzi:Marfuu'
6. Mati sebab sakit dalam perut
--------------------------------
Abu Daud mengeluarkan Hadis secara Marfuu':"Siapa mati disebabkan penyakit dalam perutnya tidaklah dia diseksakan dalam kuburnya" - Juga Riwayat Ibu Maajah AlBaihaqi dan At-Turmudzi dimana dia menganggap ia Hasan.
7. Tidak ditangisi mayat diwaktu kematian seperti perlakuan Jahiliah
------------------------------------------------------- -----
Umar Al-Khattab menyebutkan bahwa Rasullullah saw bersabda:"Seseorang yang mati itu akan diseksakan dalam kuburnya disebabkan dia ditangisi (sewaktu kematiannya sebab itu wasiatlah diwaktu hampir kematian agar tiada keluarga yangmenangisi dengan cara menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyakkan baju sebagai menunjukkan sikap simpati danterharu dengan kematian; akan tetapi tidaklah mengapa dengan menangis sahaja" Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
8. Selalu diri sendiri memberi sedekah atau derma kebajikan:
------------------------------------------------------- ------
Uqbah B.Aamir menyebutkan bahawa Rasullulah saw bersabda :"Sungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan (seksaan)Kubur daripada yang selalu memberi sedekah; dan hanya sungguhnya seseorang Mu'min itu akan dapat bernaung dibawahnaungan sedekahnya di hari Kiamat" Riwayat At-Tabaraani
9. Menyempurnakan basuhan wudhuk dan menolong orang sedang dianiayai:

Menurut Ibnu Mas'uud bahawa Rasullullah saw pernah memberitakan : "Ada seorang hamba Allah yang diperintah supaya dipukul 100kali dalam kuburnya. Akan tetapi oleh sebab orang itu selalu berdoa supaya dilindungi daripada seksaan Kubur semasa hidupnya maka dia dipukul hanya sekali pukulan.Akan tetapi dengan sekali pukulan itu menyebabkan kuburnya dipenuhi api.Sesudah api hilang(padam)dan dia sembuh dari pukulan itu maka orang itu bertanya pada Malaikat: Sebab apakah saya dipukul (tadi?). Malaikat menjawab : "(Ialah disebabkan)
engkau bersembahyang tanpa wudhuk (dengan wudhuk yang tidak dilakukan dengan sempurna basuhannya) dan engkau pernah melalui orang yang sedang dianayai tetatpi engkau tidak memberikan pertolongan" Riwayat At-Tahaawi
10. Selalu memohon pada Allah swt agar dilindungi daripada seksaan Kubur
------------------------------------------------------- -----------
Menurut Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, An-Nasaa'i, Ahmad b.Hanbal,Abu Awanah dan Ibnu Al-Jaaruud bahawa Rasullullah saw membacakan doa memohon daripada Allah agar dilindungiNya dari empat perkara, yang mana dibacakan lepas Tasyahhud Akhirnya sebagai satu sunnah bgainda saw (yg perlu diikuti segera) iaitu dibacakan debelum doa terakhir sebelum salam, doanya berbunyi : "Wahai Allah, sungguhnya saya memohon perlindungan Engkau daripada seksaan Neraka Jahanam, daripada seksaan Kubur, daripada fitnah (perdayaan) hidup dan mati dan daripada/fitnah (gunakan salah satu kata ini) Al-Masiih Ad-Dajaal"
11. Seseorang hamba Allah itu hendaknya selalu membaca dan mengkhatami Al-Quran serta berdoa diwaktu khatamnya dengan salah satu doa yang pernah diajarkan Rasullullah saw berbunyi:
"Perjinakkan keliaranku dari ketakutan dalam kuburku" Riwayat Abi Umaamah
Wallahu'walam. Semoga kita mendapat faedah dari pengajaran ini.
Firman Allah swt,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran."
Surah Al-Ashr
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan