Khamis, April 14, 2011

AKU RIMAS AKU LEMAS

Aku tak ingat aku dah cerita ke tak pasal ni. Macam belum je. Takpe. Kalau aku cerita lagi sekali pun, peminat (peminat ke??) aku tetap akan baca. Ianya satu cerita yang dikoleksikan. Bukanlah macam hikayat, novel atau telenovela.

Nak dipendekkan cerita, aku ni tak berapa nak pandai bab-bab berenang ni. Berenang katak boleh la. Tapi tak pergi jauhla. Bila aku buat berenang katak, di mana seluruh badan akan tenggelam dalam air, aku akan hayun kaki dan tangan sedaya upaya.

Rasa macam jauh je aku dah berenang, tapi bila timbul kat permukaan, ek eleh, takat 1 meter pun tak sampai. Cit Podah !

Kalau hari-hari cuti yang bersesuaian, family akan merancang untuk pergi vacation. Antara tempat vacation yang paling kerap keluarga aku kunjungi ialah Teluk Batik, Sg. Klah etc. Kalau kat Sg. Klah, tak adalah akan terjadi kisah lemas ni, sebab aku punya kaki sampai untuk mencecah dasar air.

Masalahnya bila mandi kat Teluk Batik !

Apabila kami sekeluarga mandi, semua bukan main seronok tak hingat dunia. Aku pun. Bila ada yang cuba berenang jauh ke tengah, aku pun nak ikut lah. Biasanya orang-orang yang pergi ke tengah ni pakai pelampung. Aku ni pulak tau nak ikut je tanpa pelampung. Asalkan kaki aku sampai mencecah dasar laut je, aku akan berani untuk jalan lebih ke hadapan.

Ye lah. Bila kaki kita still sampai mencecah, dan kita terus berani untuk jalan ke hadapan, lama-lama kita akan sampai satu tahap di mana kaki kita tak sampai terus untuk mencecah ke dasar laut. Hah ! Bila itu terjadi, aku pun akan mula jadi cemas dan terkapai-kapai.

Aku memang betul-betul ingat keadaan aku pada suatu masa tu. Kaki aku memang tak sampai nak cecah dasar laut. Kakak dan adik aku waktu tu dah tak jauh dah dari aku. Tapi aku asyik tenggelam timbul. Dan aku mula jadi cemas. Dengan nafas pun tak terkawal dan boleh kata aku hampir tak bernafas la. Asyik terminum air laut je. Last-last, aku terus tenggelam dan gapai tangan aku tanda meminta pertolongan.

Nasib baik kakak aku tak jauh dari aku dan dia datang kepada aku dengan pelampung besarnya itu. Aku berpaut kepad pelampung itu dan dia membawa aku kembali ke kawasan cetek. Abah pun berkata “tulah pandai-pandai nak pergi jauh-jauh. Dah tau diri tu tak pandai berenang. Tu lemas betul2 tu.”

Melihatkan wajah aku yang pucat, aku diarah berehat di tapak perkelahan. Memang kena bebel lah aku. Tapi aku kene bebel dengan nada yang risau. Aku faham la dorang risaukan aku.

Setakat ni, aku hamper lemas sebanyak 3 kali, di Teluk Batik semuanya. Semuanya terjadi dalam linkungan tahun 2003 – 2010. Paling terkini, tahun 2009 or 2010 la kot. Sewaktu aku memegang darjat pelajar IPT.
Since tu, Mama macam forbidden aku dari mandi laut. Kalau pergi ke sana pun, aku lebih kepada duduk-duduk menikmati panorama yang mendamaikan. Aku sendiri pun dah cuak untuk mandi laut. Tapi, aku tak cakap yang aku tak akan berenang kat laut buat selamanya. Aku still akan buat tapi tak tahu lagi bila.


P/s : masin gila air laut. Aku asyik terminum je. Ewww..Entah2 banyak kumbahan manusia. Pernah gak aku makan tembikai sambil mandi kat laut, sekali tercicah air laut dan aku makan jer..Bwekkk…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan