Isnin, November 15, 2010

A Date With Myself. Ini Bukan Tajuk Movie.~

A date with myself atau dalam bahasa rojak Malaysia, dating dengan diri sendiri..Ok, aku tau korang faham bahasa Inggeris..Saja je nak translate...Hehehe..

Aku dengan beraninya cakap, majoriti. aku ulang MAJORITI di antara kamu tak kan berani keluar rumah dan merayau kat pekan/bandar seorang diri kan?? Terutama sekali perempuan...Yang ni memang fakta..Sebab antaranya,

Pertama : mak bapak confirm akan risau gila baban.
Kedua : peningkatan kes jenayah.
Ketiga : memang masing-masing akan rasa pe kejadah nak kuar sorang2 tanpa hala tuju.
Keempat : girls biasanya tak boleh kalau keluar tanpa kawan. i mean boys pun kadang-kadang macam tu gak kan??

Hah ! itulah yang terjadi pada aku hari ini. Bukan terjadi. Aku yang menjadikan hari ini begini. Selesai test lesen kereta, aku pun meraikan kejayaan aku. Bukan aku tak ada kawan. Tapi kawan-kawan yang tengah tak ada. Majoriti tengah exam, kerja dan sebagainya..Maka, aku pun pergi la ke tengah-tengah pekan? or bandar? teluk intan tu seorang diri.

Jangan tiru aksi ini. Kekeke..aku dah minta kebenaran ibu bapa. Memanglah mereka risau. Sangat-sangat-sangat risau. Aku tau. Tapi aku ni gila-gila-gila keras kepala. Nak jugak keluar n have fun la konon nya.

Mula-mula aku pergi ambik gambar lesen. Lepas tu orang tu cakap siap dalam setengah jam. Aku pun fikir la aku nak buat apa setengah jam tu. Ok la. Aku nak tengok wayang la. Walaupun aku tau perjalanan nak pergi tengok wayang memang jauh betol, tapi aku jalan jugak la. Aku suka tengok wayang dan aku tak tau apa sebabnya.( Memang otai la jalan sorang-sorang dari tempat ambik gambar ke cinema. Jauh ! ah, rasa bahagia puji diri sendiri)


Sesampai kat sana, aku tengok pagar tu separuh bukak. Ingatkan tutup. Tambahan pula, wa cakap sama lu, memang tak ada pelanggan langsung time tu. Terkulat-kulat aku sorang-sorang. Yah, baru la aku teringat hari ni hari Isnin. Patutlah semua budak-budak ada kat sekolah. Serius tak teringat langsung hari ni hari Isnin.

Aku menjengah ke kaunter. "1 tiket untuk UNSTOPPABLE."
"Dik, sori la. Kalau tak ramai orang menonton, kami tak main la cerita ni hari ni."
Aku ushar sekeliling. Ada sorang mamat India. Aku tanya dia nak tengok cerita apa. Rupanya dia tak reti cakap Melayu pulak. Maka aku bajet (agak) dia nak tengok cerita putuheramafd..entah pebenda tajuknye tak ingat...Gila kecewa aku....huhuhu..

Pe lagi, aku pun mula menelefon rakan-rakan dan taulan.Konon-konon dengan mengajak mereka beramai-ramai, cinema tu akan memainkan cerita tersebut.Hehehe. Tapi majoriti tak dapat nak datang sebab tengah kerja dan sebab plan tu last minit sangat.

Hak alah. Plan last minit. Kalau aku bagi tau awal-awal pulak, pe tindakan mereka. Adakah mereka akan mengenakan busana red karpet. ?? Uh,..eh,,yang aku nak marah apesal..Kalau aku kene ajak tengok wayang yang nak dekat start pun aku tak mau datang..kekeke..2x5 !

Ok. Aku buat muka selenge lagi tunggu kat panggung wayang tu. Buat muka penuh harapan gila-gila pada yang lalu-lalang depan cinema tu. Pastu aku masuk dan tanya kat kaunter balik,
"kak, kalau saya sorang atau 3 orang nak tengok pun tak boleh main ke?"
"boleh. kene lagi 3 orang la.."
"ok. saya akan tunggu sampai waktu tersebut ,sampai cukup 3 orang"

tunggu punya tunggu, ade la beberapa orang lagi yang datang ke cinema berkenaan. Semua tengok cuti-cuti cinta. Ok..aku tunggu lagi..Kot-kot still ada orang nak tengok unstoppable dengan aku. Maksud aku satu wayang dengan aku.

Menjengah waktu unstoppable ditayangkan.aku pun give up. waktu dah sampai. penonton tak sampai 2 orang pun. (aku sorang je penontonnya). aku pun gi balik ke kaunter.

"kak, 1 tiket cuti-cuti cinta"
     
Dah beli popcorn tu aku duduk la sorang-sorang. Aku boleh cakap dalam panggung tu ada 5 orang budak perempuan yang usia sekolah menengah rendah, dan ada 2 kapel kat belakang sekali dan aku pulak sorang-sorang tengah-tengah. Betul-betul 10 penonton.

Mesti orang lain pelik tengok aku ni tengok wayang sorang-sorang ke??

Tapi aku tak pedulik apa orang nak fikir. Aku enjoy diri aku. Hilang semua stress aku. cerita tu pun ok la gak. bez gak la...ok la..boleh la..

Tapi bukan pasal wayang ni aku nak ketengahkan. Yang aku nak ketengahkan, korang berani ke berjalan kat tengah bandar? or pekan? Teluk Intan ni seorang diri tanpa kawan dan berjalan kaki dengan jarak yang jauh ?? Berani ke??

p/s : IKLAN TIDAK BERBAYAR .sapa nak jadi partner tengok movie aku ? syaratnya mestilah gila suka tengok movie, berumur 18 tahun ke atas, tak kisah jantina yang 'tengah2' lagi disyorkan, mempunyai bajet untuk belanja diri sendiri sepenuhnya. Oh, did i mention, mestilah orang teluk intan.kekekeke. ketandusan kawan teluk intan yang full time free. should i have an imaginary friend??

3 ulasan:

  1. hahahha...samela kite pernah tgok wayang sesorang...lagenda budak setan..tp syok giler tgok sorang....terasa mcm orang gilak plak ri 2....papepun memng enjoy n puas.....hahhaha

    BalasPadam
  2. shiyma, tolong vote untuk limau ais yer di Malaysia Socialista. doakan limau berjaya menang dengan vote ni.. macam ni cara nya http://bit.ly/undilimau

    BalasPadam
  3. piegourt. wah...rupe2nye msh ada insan spt ambo nieh...btl2..mmg enjoy n puas..

    limau ais..
    ok dokey !!

    BalasPadam