Isnin, November 29, 2010

It's My BirthDay !


Hahahaha. Ni bukan tajuk sekadar nak gempak jer. Tetapi, ini tajuk kepada perkara yang telah terjadi 9 hari lepas. Gila sibuk tau aku ni sampai tak da masa sangat nak update blog nieh. Heh. (alasan terbaik).

Tahniah kepada aku sebab telah mencapai umur 20 tahun pada 20November2010 !



Ye...Terima kasih kepada aku yang telah menepuk tangan untuk diri sendiri tuh !!! Sonok sangat birthday ni. 'Seronok'! Huh. Itu kalau sebelum 20-an rasa la seronok....Bila dah mencecah ni, rasa cam..erm..macam patut cari laki dan berkahwin. UUUuuu..Gatal la you ni..uuu....

Actually ni tahun pertama aku sambut birthday tanpa mengharap apa-apa pun. Sebab selama aku 19 tahun, erm..ok, tolak waktu bayi yang time tu tak mengerti erti birthday, selama lebih kurang 16 tahun, aku asyik mengharapkan hadiah dan ucapan dari semua insan yang mengenaliku.

Time umur 6,7,8,9 tu biasalah sambut birthday dengan cake la, party la, invite jiran tetangga lagi..Semuanya diarrange oleh parent..Tapi dah makin besar ni makin segan la nak buat cam tu..

Setakat ni, tiap tahun birthday aku jatuh pada hari cuti sekolah. Kesian aku....Ye lar..Tak dapat wish dari kawan-kawan sebab dulu-dulu tak pakai handset..Pakai telefon rumah je..Time aku high school, aku siap guna num rumah untuk telefon rumah kawan-kawan aku dan tanya dorang, "korang tak ingat ke hari ni berapa hari bulan? korang tak reti-reti ke nak wish??"

Tak tahu malu betul aku tu kan...(padahal aku pun x wish birthday dorang...)

Yang paling tak boleh blah nya, aku antara orang yang set prank birthday kawan-kawan aku...Tapi biasalah time birthday aku, mesti la dorang tak dapat nak revenge..Sebab cuti sekolah !

Ada sekali je birthday aku time aku kat sekolah. Time form 5.Sebab duduk asrama, so boleh la kawan-kawan prank aku. Aku tak tau la berapa lama dorang prepare, tapi aku mestilah dah tau dorang nak kenekan aku..so aku lari siap2...Lagipun, port2 rahsia kat situ semua aku dah tau...Lari punya lari, dorang pun cari punya cari..Tapi x dapat..

Tapi time tu SPM...Kebetulan 20/11/2007 sama hari dengan paper Add Math. So, dorang tak main-main lama-lama la..Semua nak gi study kot...Hahaha...Satu-satunya peluang aku nak kene prank dah terlepas..aku rasa menyesal pun ada gak..Kalau x, jadi la sweet memory aku...

Tapi tahun ni la tahun pertama aku tak mengharap apa2. Hadiah mahupun wish..Nasib baik aku tak mengharap sebab aku memang tak dapat apa-apa pun...

Nasib baik la wujud FB..ramai la yang wish kat situ..Dan beberapa kawan yang tau nombor pun ada wish kat henset..Mekasih,mekasih ! ;)

Tapi aku dah beli macam-macam dah untuk diri aku sendiri beberapa hari sebelum birthday aku..Aku beli kemeja merah..(merah yg menjadi impian aku !) , aku beli perfume..RM30..(bagi aku mahal la ni) dan aku buat curly hair...(walaupun sebenarnya aku mintak wavy..)...Tapi aku puas..
Merah mak ngah cam nie la kemeja aku ! pakai lawan dgn hitam/putih..smart ooo...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan