Rabu, Mei 04, 2011

Cadangan Hadiah Hari Ibu ~

Apa Yang Terbaik Untuk Ibu anda....

Memandangkan hari Ibu ni dah nak dekat,  teman nak bagi cadangan sikit la tentang hadiah apa dan macam mana yang sesuai untuk ibu anda.

Yang paling utama sekali, korang kenalah anggap ibu korang macam kawan baik korang. Dan bagi yang lelaki, bolehlah anggap macam awek/marka/girlfriend korang.

Adalah sangat tidak patut sekiranya anda menghadiahkan kuali /sudip atau mop lantai sebagai hadiah kepada seorang Ibu walaupun ibu anda asyik mengadu mop di rumah anda telah patah atau bontot kualinya telah hitam hangus.

Cuba bayangkan jika hari jadi anda sudah hampir dan di hati anda mengharapkan hadiah seperti teddy bear, Playstation atau Handphone. Tapi akhirnya, korang dapat buku mata pelajaran,tak pun buku motivasi ke. Ha ! Tak ke kecewa perasaan korang.

Walaupun ibu anda mengalami penyakit sebagai contoh, pasti dia tidak akan berasa gembira sekiranya anda menghadiahkan ubat kepadanya.
So, aku ada beberapa cadangan hadiah hari Ibu untuk korang pertimbangkan selain daripada ucapan ingatan tulus ikhlas :
  1.  Perfume
  2.  Barang kemas tulen
  3.  Jam tangan
  4.  Handbag
  5.  Kasut
  6.  Set Make-up tulen
  7.  Potret wajah ibu anda berbingkai besar
  8.  Handphone
  9. Percutian
  10.  Kupon (beri Ibu anda beberapa helai Kupon. Atas Kupon tu anda tulislah “kupon mengurut ibu selama sehari : tempoh kupon sehari”. Ni contoh je lah. So, kupon tu akan berkuat kuasa dari saat ibu anda mengemukakan/tuntut (claim) kupon tu. Tak pun tulis “Kupon Basuh Pinggan Seminggu” etc.
  11. Baju jubah, kurung ,kaftan, etc. Sekarang kan banyak fesyen yg bukan main lagi vogue-da-vast ! Belilah untuk ibu anda !
  12. Tudung eksklusif !
  13.  Pin tudung eksklusif.
  14.  Beri apa-apa mengikut minat ibu anda.

Sekarang ni, itu je lah yang aku terfikir. Kalau anda ada cadangan yang gempar gempur lagi, sila la tinggalkan komen !

Pesanan penaja : Sebenarnya, kalau korang tak peningkan dia sehari tu pun dah cukup.

3 ulasan:

  1. Nice .. ^^ btw, header awak... perempuan tu taktutup aurat, delete ye. share gmbar tktutup aurat pun kita dpt saham dosa. :)

    BalasPadam