Jumaat, Mei 06, 2011

Skuter, Kau Telah Menghiris Kakiku.......

Skuter, kau telah menghiris kakiku….
Betapa aku terasa pilu dan sebak di dalam hati tatkala terkenang peristiwa lama. Bukan aku tidak mahu mengingatinya lagi. Tetapi, memori itu hanya datang menyinggah sejenak tatkala aku terpandang kelibat skuter kanak-kanak itu. Ianya satu peristiwa yang berdarah. Di kala aku menjelang usia belasan tahun yang ku kira sekitar 11 atau 12 tahun. Ah, aku pun tak pasti.

Al-maklumlah bagi kanak-kanak untuk bersifat hiperaktif dan terkinja-kinja. Apatah pula, mendapat mainan yang baru dan menjadi trend masa itu. Ya..Masih ku ingat keseronokan dalam berpura-pura menjadi salah satu watak Teletubbies iaitu Po.

Tidak susah bermain skuter itu. Hanya perlu pegang pada pemegangnya (handle) dan bagi mereka yang biasa menggunakan kaki kanan berikutan kaki kanan mempunyai daya yang lebih kuat, akan meletakkan kaki kiri di atas base skuter. Kaki kanan akan menolak sehabis daya untuk mencapai kelajuan yang termampu.

Di tayar belakang skuter, disediakan brek kaki.  Walaupun sebenarnya boleh je kalau nak break  dengan cara tahan kaki kat lantai atau lompat turun je dari skuter tu. Tapi, biasalah. Dah skuter tu dah ada brek, aku kene lah manfaatkannya. Ok.

Time tu aku main dalam rumah. Kat ruang tamu. Tengah hari. Mama sibuk-sibuk daripada memasak dan bersiap sedia nak pergi ambil adik (Epoi) dari sekolah.

Aku pulak tengah speed kat ruang tamu. Ye, speed tu mestilah x melebihi 30km/j pun. Skuter jer…..Pastu aku pun cuba la nak break guna brek kaki …’zupp’. Aku terasa pedih tiba-tiba. Aku turun dari skuter dan aku dapati, darah menitis-nitis sekitar rumah.

Adei. Pedih gak la. Kaki aku tu sebenarnya termasuk bawah brek dan memijak tayar. Tayar yang sedang berpusing-pusing dengan daya kelajuannya tersendiri, telah drag kaki aku slowly dan zzuuupp, membelah 3 jari kaki aku.

Tapi x delah sampai putus jari tu. Juz belah epidermis dan erm;…apa2lah…Tapi pedihnye bukan kepalang.

Pas sapu minyak gamat, aku lap lah darah aku yang berjejeh-jejeh atas marmar putih sekitar rumah.

Tapi, aku x de fobia dengan skuter tu. Cuma, makin kita membesar, kita dah x sesuai la nak main benda tu. Apatah lagi kalau ‘membesar’ dari segi saiz dan tubuh badan. Kalau naik gak skuter tu, mau patah dua wooo….em,,, Kesan hirisan tu masih kekal di jari kakiku sehingga kini….

P/s : Hahaha. Sapa rasa aku patut ambik sastera, angkat ketiak????!!!! Ok, x de la kesusasteraan sangat  bahasa aku pun. Hei, pesanan penaja di sini bukan untuk menjatuhkan syarikat yang jual skuter mainan tu. Pesanannya, pandu cermat jiwa selamat lar….
Hehehehe…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini