Ahad, Ogos 29, 2010

Raya – Bebelan #1

Oh, No ! Tak tahulah nak gumbira ke , excited ke, sedih ke or campurkan je semua perasaan macam ABC. Erm, sedap gak fikir pasal ABC bulan-bulan puasa ni. Anyway, lagi berapa hari je nak raya. Tapi sebelum raya kita Merdeka dulu. Selamat Hari Merdeka !

Huh ! Fuh !

Biasanya dah last-last minit macam ni baru nak terkecoh-kecoh pasal persiapan raya. Ye la, kalau prepare awal sangat, nanti bila hujung puasa dah kurang excited dah nak sambut raya.

Macam-macam keadaan yang setiap seorang alami sekarang ni. Mungkin ini kali pertama mereka sambut raya di perantauan, mungkin ini kali pertama sambut raya sebagai orang yang bekerja, mungkin ni kali pertama sambut raya sebagai isteri/suami/duda/janda/ibu/bapa ataupun yatim.

Maaflah kalau tersentuh sensitivity sapa-sapa. Tapi hakikat tak dapat disangkal kan.
Kalau diimbas kembali, zaman dulu maksud Shyima time Shyima raya dulu, sangat meriah. Gila-gila meriah kot !

Sebelum raya, mesti satu family sibuk sangat2 nak bersihkan rumah. Dan-dan lantai yang x pernah di mop akan bersih berkilat macam baru beli. Dan-dan gak la outer rumah dah bertukar warna(tapi dalam warna x tukar larh,x cukup bajet), dan time tu jugak la sawang-sawang yang selama ni bermaharajalela disapu habis.
Hehehehe.Bukan maksudnye rumah Shyima ni over kotor. Even ada sikit pun, kene bersihkan jugak.

Tapi, itulah keseronokannya. Buat semua bersama-sama.
Baju raya pun mesti baru terkocoh-kocoh nak cari. Pas2 yang memang ditempah kat tukang jahit pulak, mesti korang2 sibuk push makcik tu siapkan cepat-cepat. Padahal baju raya dia sendiri entah siap entah tak.
Zaman berubah, keadaan pun makin berubah. Tapi ada sumting yang masih x berubah.

Mercun !
Ish,ish,ish……………… kan kerajaan dah haramkan main mercun ni !
Hah, kalau dulu-dulu kan. Shyima pernah main meriam dari pokok pinang, meriam paip dan meriam tanah. Gila best ! Pastu akan ade la pertandingan bunyi meriam antara jiran. Even jarak rumah jauh pun, tapi bunyi yang menjadi taruhan.

Kalau pihak lawan letupkan meriam  tapi bunyi cam kentut je, memang kene bantai gelak la dengan kiteorang. ‘HAHAHAHAHA ! 
Bunyi macam kentut !’

Tapi sekarang ni x main dah meriam. Main mercun aje. Sahaja !
Hehehe, kalau dulu pelbagai mercun ada. Paling wajib ada, mercun papan, mercun gasing, mercun bola, mercun lalat, mercun roket, thunder clap, bunga api, mercun ketupat. Hehehe..Macam biasalah, lawan dengan jiran sapa punye paling gempak.

Sekarang pun ada main jugak mercun. Mercun pop-pop. Huh ! itu dikira sebagai mercun ke??? Boleh la. Huh, Zaman sekarang , permainan mercun ni dah x semeriah dulu. Ye la, budak-budak zaman sekarang kan dah advance, mercun bola tu bagi dorang x cukup gempak kot. Pastu pandai-pandai nak adjust sendiri. Adeilar…

Hehehe..Kuih raya. Huhuhuhu…zaman sekarang banyak tunjuk je….tapi Shyima n family mesti ada yang buatan tangan jugak lar…Lagi-lagi shyima nak bagi bf shyima rasa kuih buatan shyima…(mesti x sedap).
Urm…raya,raya……Nanti shyima nak bebel lagi pasal raya

Jumaat, Ogos 27, 2010

Mestilah Nak Bangga2 !

Hahahaha. Bahagia dan gumbiranya hatiku.

cuba ar korang tgk header aku tu.

Ye. Ya. Aku tau biase jer.

Tapi bagi aku yang berapa terer bab2 macam ni mestilah berasa bangga gila.

Header tu aku buat sendiri tanpa bantuan orang lain.

Sebelum ni aku tengok header aku pun aku rasa sayu, syahdu sedih dan sendu jer.

Sekarang dengan kewujudan header baru ni, aku lebih bersemangat nak bukak blog aku ni.

Tapi sekadar bukak jer lar. Pas puas tengok, tutup la balik. Gila taksub !!! Memang dasar poyo arh.

Ok, ok. Wa kene janji nak buat cerita gempak2 je lepas nie. Cukup2 la batak rabit pasal header nie.

Pada yang x tau, header ni baru buat pada petang 25 Ogos dan siap malam tu gak. Maka, bla siap aku trs la upload. Hah, sapa?? Sape yang mintak tips tu???? NO way ! Jangan harap aku nak share...(bukan x nak share, nanti org lain yang poyo lebih pakar dari aku akan gelakkan aku lar..)

Alah. Buat muka cebik plak. Nyampah aku. Ye lah. Meh la aku bagitau cara aku buat header nie. CARA YANG PALING CIKAI SEKALI DAN DIKONGSI OLEH SI MINAH CIKAI !!!!

Actually, aku guna Picasa jer..huhuhuhu..x de software lain yang gempak..n aku x reti (x blaja lagi) pasal photoshop pekejadahnya tu. So, picasa je yang aku guna.
Aku susun menjadi collage yang memanjang dan aku bajet2 ruang...aku insert text..aku save...kemudian aku upload arh.

Gitu kan ! Gila cikai kan ! Nama pun  blog cikai meh ! Hahahaaha.....Adeiyh...Naik gile dah aku ni asyik gelak sorang2...

Hah. Gelak sorang2....Ni buat aku teringat sumting ni !

korang penah dpt SMS kan?? Yang x penah, aku ucapkan kesian pada korang..Pada yg slalu dpt sms tu, mesti korang penah alami situasi baca SMS lantas senyum2 kambing. Pastu nanti orang sekeliling kecoh ar "Orang gilak ka?tersenyum sorang2??"

Huk aloh !! Dah orang tu hantar sms kelakar, tak kan aku nak nangis kottt.........pigidah....

Orang yang mengata pun same lar..two time five..Bila dapat SMS, sengih2 cam kerang bucuk arh.

Anyway, aku bukan melalut kat sini.. tiba2 teringat kejadian sengih2, senyum2, gelak2 apabila seseorang bukak pesbok ke, myspace ke, frenster ke...SMS ke,,MMS ke..blog ke.. Suka hati la org tersebut nak ketawa ke ape. Dia punye pasal.

Selasa, Ogos 24, 2010

'Terpatahkan' Tangan Kakak Ku ! Sori ek. (^.^)

Fikiran aku melayang lagi.
Pergh ! Aku bab-bab berangan ni memang nombor one lar ! #1

Kali ni aku teringat pasal aku mematahkan tangan kakakku. LITERALLY.

Sumpit aku cakap bahawa time tu aku masih kecik molek, comel tambahan pula innocent gitu. (sumpit yang dimaksudkan di sini ialah sumpah. Aku x berani ar nak main-main dengan perkataan sumpah. Bak kata orang lain, nanti kene makan sesumpah ! Wa x mau !!!!!

Owh, berbalik pada tadi. Aku ni cepat benor terlalut dan out of topic. Harap maaf . (^_^)
Ok ! Berbalik balik semula pada tadi.
Time tu seingat aku lar, aku masih tadika. Kirenya aku ni umur 5 tahun la. Kakak aku pulak 7 tahun iaitu darjah 1.

Waktu petang yang hening dan indah nian, kakak bermain basikal. Aku membonceng kat belakang. Sebab time ni aku x de basikal (ke x reti kayuh basikal kot, entahlar).
Bila dah senja, kakak pun nak simpan la basikal. Dia erm… ape ek perkataan yang orang cakap..die x kayuh basikal tu, tapi dia pimpin lar. Ishk ! x kan memimpin basikal pulak. Pelik jer. Tapi korang paham la apa yang aku cuba sampaikan kan???

Kalau x faham, sila buat2 faham je la ek.
Tengah dia kusyuk ‘memimpin’ basikal tu, aku yang x reti nak berfikir dengan waras , ops, bukan bermaksud aku gila. Aku pun melompat kat tempat duduk belakang basikal tu.

Dia yang menerima kejutan beruk dengan tindakan drastic aku tu telah ‘terlepas’ basikal yang ‘dipimpin’ lalu basikal tu pun menghempap dia. Ditambah pulak dengan keberatan badan aku time tu, (maybe dalam 14,15 kg time tu…), maka kakak dihempap dengan beban extra !

Aku bangkit dari terhemban dengan muka cuak. Luka aku x sakit pun jika dibandingkan dengan perasaan cuak time tu. Macam budak2 kecik yang korang selalu nampak bila dorang dah buat salah ar. Eh, lagipun aku kan kecik lagi time benda ni jadi.

Mama meluru kat kiteorang. Kakak pulak dok bising menangis-nangis.
“HUHUHUU..UWAAAUWAAA..TANGAN KAKAK…WAAAA”
“Uish. Dah patah dah tangan kakak ni !”
hiasan semata-mata. gambar bukan mangsa apatah lagi penulis.
Kakak pun dipimpin masuk ke rumah. Owh, yang ni baru sesuai dengan perkataan ‘pimpin’. Hehehehe.
Pe yang jadi lepas tu aku x berapa clear sangat lar. Blur. N x ingat. Sebab dah lama kan..Tapi keesokan harinya , bidan pun sampai..Bidan kampong taw! Bukan gi hospital or klinik  ! Gila Otai Kampung ar kiteorang nie ! I LIKE !

Time bidan tu datang, aku berada di sisi kakak. Mesti la sebab aku rasa bersalah. Aku nak tengok progress bidan tu. Aku sanggup tidak hadir ke tadika demi menjaga kakak yang telah patah tangan diakibatkan oleh aku. (air mata mengalir)Mama, Mima sanggup tau ! HAHAHAHA ! Neway, mekasih ar mama sebab bagi mima ‘jaga’ kakak. HuHuHu Hungga hungga !!!

Tapi kan, kalau korang sendiri tengok cara urut kampong ni, memang sumpit hardcore arh ! Yang paling aku ingat dan x boleh blah, bidan tu sentap tangan kakak aku sebelum memulakan urutan. Bunyi pun sentap gak arh, PRAP !

Aiyark ! Kak, cam sakit jer time tu ! SORRY…..(buat muka comel)
Selesai diurut, kakak dibedung eh..macam salah guna perkataan lagi jer…di..erm..dianduh ! betol kot nie. Kakak cuti selama 2 minggu ke 2 bulan entah. (aku pun same gak lar sebab aku kan jaga kakak kesayangan aku nie).

Tapi kan, one day ni, mama suruh aku gi tadika, (mencebik). Tapi aku pergi jugak lar. Sesampai je kami kat tadika, kami dapati tadika tu tutup. Aik. Pehal plak nie??? Misteri ke.

Adakah tadika telah diarah tutup oleh pihak berkuasa??

Adakah tadika telah di ‘hijack’ oleh penjenayah dan mereka semua sedang dikurung dan sedang menangis ketakutan di dalam??

Atau, adakah………………………………………………

“Ah, mama ! baru mima ingat. Ustazah cakap, hari Sabtu tadika cuti lar. Lupa pulak nak bagitau.”
“Ah, mama pun lupa hari ni hari sabtu lah.”
Kami pun balik dengan muka malunya. Sepanjang perjalan orang tengok aku pelik je sebab pakai uniform tadika. HUHUHUHU. Malu owh!

Pesanan penaja:
Aku sebenarnya x biase sebut basikal. Dari kecik aku sebut basike je(mengikut slang perak). Dan beberapa perkataan lain yang aku sebut sebegitu ialah bekeh pensel, kipeh.
kakak si cikai. maka, cikai kuasa dua.

penulis. Shyima cikai sengal babun .

                

Sabtu, Ogos 21, 2010

Edisi Nakal MRSM KKB - Khas Untuk Kawan2 Ku.

MAIN HANTU-HANTU
View All Photos | time skola2 dlu....~lol | chE iZzaH
aku gelar ni, 10 TEENS. Kawan sampai mati.
Sebenarnya, bila tiba bulan puasa ni, aku mesti teringat time form 5 dulu. Tak de lah dulu sangat . Dalam tahun 2007, la..Huhuhu…Sudahlah tahun tu tahun SPM, kami boleh lagi fikir nak have fun je….
Ada satu kisah menarik di sini yang masih aku ingat.  Begini ceritanya :-

Malam itu suasana hening. Bacaan ayat-ayat suci untuk solat Maghrib kedengaran. Bulan puasa camni, aktiviti di surau lebih lama daripada biasa. Boleh aku katakana, hamper jam 9.30 malam, barulah pelajar-pelajar akan ke blok akademik untuk prep (preparation class).

Mendengar sahaja bacaan Al-Fatihah pada rakaat pertama solat Maghrib, 6 bayang yang sedari tadi sibuk meng’ushar’ line, mula mengatur langkah. Mulut terkunci rapat, langkah yang diatur pun, macam orang pijak semut tak mati. Untuk ke blok akademik, laluannya boleh dilihat dengan jelas dari saf lelaki di surau.
Dah la kene menaiki tangga ala-ala Batu Caves yang kukira lebih 80 anak tangga, dengan lampu pejalan kaki yang terang-benderang, 6 bayang tadi meredah jugak ar ! Tegar tol !

“Ala. Dorang kan tengah sembahyang. Kalau dorang nampak kite, maknanya dorang tak kusyuk la tu !”

Seperti yang dirancang dan seperti yang kiteorang telah praktis, kiteorang pun memulakan rancangan kami. 6 bayang yang dimaksudkan ialah Shyima, Ana, Puteri, Izzah, Mima dan Pah. Oh, by the way, jangan salah faham ek. Kami peod.

Lampu dipasang. Di kelas 4E kami amek port.4E kot….. Ok. Meja dirapatkan. Semua kerumun meja tu. Dah macam doctor-doktor yang sudah sedia nak bedah orang pulak !

Kain putih yang diperolehi entah dari mana kami bentangkan atas meja. Tali raffia dan surat khabar lama kami himpunkan dan jadikan sebagai bahan tambahan kami.
Operasipun bermula.

Surat khabar digumpal dan digumpal dan digumpal sampai Mampat ! Pas dah dapat banyak gumpalan, kami taruk kat atas kain putih yang telah kami bentang tadi. Kami kemudian ikat dan setelah bentuk yang diingini menjadi, kami pun cari port untuk letak ‘benda’ tu pulak.

Port terbaik ialah kat Makmal Biologi. Makmal ni ada kat G floor dan merupakan benda pertama yang perempuan akan nampak sebaik sahaja menaiki tangga Batu Caves tu. Lepas kiteorang port ‘benda’ tu kat situ, kami pun menyorok.

Pelajar-pelajar perempuan mula mendaki tangga ke blok akademik. Kami yang tengah sekodeng dari kelas jadi excited.

1 . 2. 3. !

“Ah !!!!” , “Mak!”, “ Arghhhh !!! “ , “Aaaaaaaa……………….” !

Terkekek-kekek kami ketawa.

Bila dah clear dah semua orang kat tangga, dimana semua orang sedang berada dalam kelas la tu, kami pun slowly datang kat port ‘benda’ tu digantung dan kami cabut benda tu balik.
Puteri bagi idea nak letak kat aras 4 yang gile2 sunyi dan spooky tu !

Tapi, kami bantah. Sebab kami dapat berita, student-student yang Nampak ‘benda’ tu tadi dah report kat warden bertugas. Nasib baik dorang tak tau siapa yang buat (agaknya).
Kami bawa benda tu ke tempat sunyi dan kami hapuskan semua bahan bukti. Macam pisang goreng panas, berita tentang ‘benda’ tu tersebar. Tapi sekejap je cerita pasal ni hangat di pasaran. Hanya feymes untuk malam tu jer…..

Kami yang terlibat ni syok ar sebab x kantoi !

Esoknya, sorang junior berselisih dengan kiteorang.

“Korang kan yang buat POCONG malam tadi tu?” Tanya budak tu sambil memandang tepat kat Puteri.

“Asyik-asyik aku. Pe-pe hal tak baik je aku yang kene tuduh !” seloroh Puteri.

“Eleh, sape lagi yang buat benda-benda pelik cam ni selain GENG korang?”

“Excuse me. Jangan panggil kami GENG ! Kami tak suka. Nampak macam kumpulan mafia jer.” Aku 
berkata. “Kami bukan GENG ! Kami semua ni kawan..Kawan rapat…”
shyima yg no 3 dari kiri. hehehe.muka wajib. alamak.sori farah izzatie.
Hehehehe…Nasib baik budak tu pun kire kamcing ar dengan Puteri, so x de la kecoh2 sangat..Tapi seronok tau bila ingat balik benda-benda nakal yang kita dah buat. Banyak benda-benda nakal yang kami dah buat, tapi yang tegar a.k.a wajib ada setiap kali buat benda2 nakal cam ni ialah Izzah, Puteri dan Shyima .

Shyima siap ada senarai lagi perkara nakal yang kiteorang dah buat dan akan dibuat. Kat paper tu Shyima tulis tarikh terjadi dan tarikh yang kiteorang target nak buat. Juga tercatat dalam kertas tu ialah senarai nama yang terlibat untuk sesuatu perkara nakal.

Dari situlah Shyima sedar, kami bertiga ni muka wajib buat hal nakal.
Episod-episod akan dating Shyima nak cerital lagi pasal kenakalan zaman dulu2.

Jangan tiru aksi ini. 

Jumaat, Ogos 20, 2010

Edisi Sekolah Rendah - Rambut, Sikat dan dotdotdot.

Pada suatu masa dalam tahun 1997, aku pun masuk darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Dato' Yahya Subban. Dulu-dulu aku freehair gitu. Rambutku diikat ponytail kemas. (cumey taw dulu. skrg x sgt).

Dengan semangat kanak-kanak ribenanya, aku pun dimasukkan ke kelas 1 Amanah. Dengan seriusnya aku cakap, aku memang tak ingat siapa yang duduk sebelah aku time tu. Tapi  kawan-kawan perempuan sekelas aku suka betul main rambut aku. Guna jari pun boleh ! Wah ! ;)


Satu hari tu, kawan-kawan wanita kelas aku ni nak main salon2 la konon. Ok lar. Aku jadi customer. Aku pun berlakon la jadi customer sebaik mungkin. Aku minta dorang curly kan part bawah rambut tu.

Korang tau tak jenis sikat yang satu sisir tu. Hah. Sikat tu la yang dorang guna untuk main salon-salon nie. Oh, pada yang tak tahu sila rujuk gambar di bawah :

Sedang kami asyik berangan dan bermain x hingat dunia, tiba-tiba semua murid2 menggelabah pergi tempat duduk masing-masing.

Lorh. Cikgu datang rupanya. Ala. Biaselah zaman budak2 dulu bukan main takut cikgu. Zaman sekarang lain. hihihihi (orang x sedar diri berkata).

"Bangun, selamat pagi cikgu !" ucap ketua kelas.

"Selamat pagi. Ok, boleh duduk."

Cikgu Rositah tiba-tiba terdiam. Semua mata tertumpu kat kami. (yang tadi dok sonok main salon-salon konon nyer).

"Kenapa kamu semua tak duduk tempat masing2?"

Kawan aku yang menyikat rambut ku tu tak berkata apa-apa. Dia hanya buat demo sikit jer. Dia pergi tarik-tarik sikat tu dan seraya tu lah kepa la aku pun terikut terhenjut-henjut mengikut daya arah tarikan.

"Apa kamu buat nie? Shyima, mari sini"

Cikgu panggil aku ke depan. Aku pun berjalan dengan sikat masih terlekat di kepala.

Dekat depan kelas, di mana semua orang sedang pandang aku, cikgu pun tarik-tarik sikat tu. Edisi tarik-menarik berlaku selama lebih kurang 5-10 minit gak ar sebelum cikgu mengambil satu keputusan drastik sekali yang bakal mengubah hidup aku.

"Bagi saya gunting."

"Cikgu.....................TIDAAAKKKKK !!!!!"

"Terpaksalah.....Nanti bagitau mak kamu sebabnya ye."

Hari itu aku pulang dengan rambut x seimbang..

Selasa, Ogos 17, 2010

Senarai Lagu Raya.








  1.  2 By 2 & Asha Malik - Seloka Hari Raya
  2. 2 By 2 & Haliza - Hari Raya
  3. 2D - Di Pinggiran Aidilfitri
  4. 4U2C - Syawal
  5. Ahmad Jais - Abang Pulang
  6. Ahmad Jais - Satu Syawal
  7. Ahmad Jais - Selamat Hari Raya
  8. Aini Latiff & Salim I - Selamat Hari Raya
  9. Aishah - Lenggang Mak Limah
  10. Aishah - Pulanglah
  11. Aishah - Pulanglah Perantau
  12. Aishah - Senandung Lebaran
  13. Aishah - Setitis Cahaya Di Aidilfitri
  14. Ajai - Rindu Di Aidilfitri
  15. Al Jawaher - Ku Pohon Restu Ayah Bonda
  16. Al Jawaher - Selamat Hari Raya
  17. Al-Mizan - Rahmat Aidilfitri
  18. Al-Mizan - Selamat Berhari Raya
  19. Al-Mizan - Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pinta
  20. Aman Shah - Kepulangan Yang Dinanti
  21. Amy Mastura - Bersama Di Hari Raya
  22. Amy Mastura - Setahun Sekali
  23. Anis Suraya - Bila Takbir Bergema
  24. Annuar & Elina - Suasana Di Hari Raya
  25. A Ramlie & Maria Bachok - Malam Tujuh Likur
  26. A Romzi - Selamat Hari Raya
  27. Artis Artis Sony Music - Warna Warni Aidilfitri
  28. Artis Artis WEA - Bergembira Di Hari Raya
  29. Artis Artis 60an - Salam Aidilfitri
  30. Aqasha - Musafir Di Aidil Fitri
  31. Asha Malik - Pulang Di Hari Raya
  32. Asha Malik - Selamat Hari Raya
  33. Awie - Raya Yang Sempurna
  34. Awie &Ziana Zain - Halaman Asmara
  35. Awie & Ziana Zain - Sensasi Hari Raya
  36. Azlina Aziz - Indahnya Beraya Di Desa
  37. Black Dog Bone - Cahaya Aidil Fitri
  38. Cenderawasih - Bersama Di Hari Raya
  39. Dayang Ku Intan - Senandung Hari Raya Untuk Mu
  40. D. J. Dave - Menjelang Hari Raya
  41. dR Sam - Esok Hari Raya
  42. Eddynor Ali - Manusia Miskin Kaya
  43. Elite - Di Pagi Aidilfitri
  44. Firdaus - Manusia Miskin Kaya
  45. M Nasir - Musafir Di Aidil Fitri
  46. M Nasir - Satu Hari Di Hari Raya
  47. M Nasir - Salam Dunia
  48. M Rahmat - Fitri Bahagia
  49. Nash - Keinsafan Di Hari Raya
  50. Nash & Iwan &Hattan & ... - Seikhlas Budi
  51. N D Lala - Kepulangan Yang Dinanti
  52. Newboyz - Dari Jauh Kupohon Maaf
  53. Newboyz - Di Hari Raya
  54. Ning Baizura - Joget Aidil Fitri
  55. Noraniza Idris - Masih Ada Yang Sayang
  56. Noorkumalasari - Pulang Di Hari Raya
  57. Nurul - Rindu Syahdu Di Hari Raya
  58. Othman Hamzah - Gembira Bersama Di Hari Raya
  59. P. Ramlee - Dendang Perantau
  60. P Ramlee - Manusia Miskin Kaya
  61. P Ramlee - Suara Takbir
  62. Rabbani - Di Ambang Syawal
  63. Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema
  64. Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya
  65. Rahim Maarof - Kepulangan Abadi
  66. Raihan &NowSeeHeart - Gema Takbir
  67. Raihan & NowSeeHeart - Hari Raya Untuk Semua
  68. Raihan & NowSeeHeart - Ke Desa
  69. Raihan, Nowseeheart, Rem &Ajai - Lebaran Ini
  70. Raihan - Rindu Di Aidil Fitri
  71. Raihan & NowSeeHeart - Satu Pagi Di Hari Raya
  72. Ramlah Ram - Cahaya Aidilfitri
  73. Ramlah Ram - Selamat Hari Raya
  74. Ramli Sarip - Kisah Ku Berhari Raya
  75. Rosemaria - Di Pagi Aidil Fitri
  76. Saloma - Selamat Hari Raya ( Versi Ori... )
  77. Saloma - Selamat Hari Raya
  78. Sanisah Huri - Aidil Fitri
  79. Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang
  80. Sanisah Huri & Nada Perindu - Selamat Hari Raya
  81. Senario - Puasa Raya
  82. Senario - Seminggu Berhari Raya
  83. Sharifah Aini - Balik Kampung
  84. Sharifah Aini - Hari Yang Mulia
  85. Sharifah Aini - Nostalgia Aidil Fitri
  86. Sharifah Aini - Suasana Hari Raya
  87. Sheila Majid - Hari Mulia
  88. Sheqal - Tari Lebaran
  89. Fauziah Latiff - Kepulangan Yang Dinanti
  90. Fazidah Joned - Selamat Hari Raya
  91. Fazley - Seribu Kemaafan
  92. Feminin - Kurniaan Di Hari Raya
  93. Freshies - Digamit Takbir
  94. Halil Chik & Trio Manja - Lenggang Mak Limah
  95. Handyblack - Cahaya Aidil Fitri
  96. Hasnol - Lebaran Wal Faizin
  97. Herman Tino & Zaleha Hamid - Joget Hari Raya
  98. Ibnor Riza &Noraniza ... - Mohon Maaf Di Hari ...
  99. Ideal Sisters - Hari Raya Hari Bahagia
  100. Indra Shahrir - Selamat Hari Raya
  101. Jalil Hamid - Dendang Hari Raya
  102. Jalil Hamid - Raya
  103. Jamal Abdillah & Saleem - Lambaian Aidilfitri
  104. Jamal Abdillah - Maafkan Segala Keterlanjuran Ku
  105. Jamal Abdillah - Salam Aidil Fitri
  106. Jamal Abdillah - Sampaikan Salamku Di Hari Raya
  107. Jay Jay - Gurindam Di Pagi Syawal
  108. Jay Jay - Hari Raya Bahagia
  109. Jeffridin - Musafir Di Aidil Fitri
  110. Junainah M. Amin - Suasana Riang Di Hari Raya
  111. KGB - Suasana Hari Raya
  112. Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru
  113. Khatijah Ibrahim - Bingkisan Untuk Perwira
  114. Khatijah Ibrahim - Rindu Lebaran
  115. Krisya - Satu Hari Di Hari Raya
  116. KRU - Malam Kita (maybe not???...)
  117. Liza Hanim - Ku Pohon Doa Di Hari Raya
  118. Liza Hanim - Salam Kejauhan
  119. Liza Hanim - Zapin Aidilfitri
  120. Malek Redzuan - Ewa Ewa Hari Raya
  121. Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda
  122. Maz - Selamat Hari Lebaran
  123. Maz - Suasana Hari Raya
  124. Mel & Abot - Kupohonkan Kemaafan
  125. Shima - Fajar Menyinsing Lagi
  126. Siti Nur...  Noraniza & ... - Aidilfitri Di Alaf Baru
  127. Siti Nurhaliza - Airmata Syawal
  128. Siti Nurhaliza - Bila Raya Menjelma
  129. Siti Nurhaliza - Nazam Lebaran
  130. Siti Nurhaliza & Noraniza Idris - Nikmat Hari Raya
  131. Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran
  132. Siti Nurhaliza - Suara Takbir
  133. Spin &amSiti Nordiana - Bersyukur Di Hari Raya
  134. Syura & Siti Nordiana - Hari Ini Hari Raya
  135. Syura &Siti Nordiana & ... - Keindahan Di Aidilfitri
  136. S Jibeng - Menjelang Hari Raya
  137. S Jibeng - Musafir Di Aidil Fitri
  138. Slam - Suasana Hari Raya
  139. Sudirman - Balik Kampung
  140. Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf
  141. Sudirman & Zaleha Hamid - Inang Di Aidil Fitri
  142. Sudirman - Selamat Hari Raya
  143. Sweethearts - Bersabarlah Sayang
  144. Sweet September - Hari Raya Tetap Tiba
  145. Uji Rashid - Dengan Bismillah
  146. Uji Rashid - Doa Di Hari Mulia
  147. Uji Rashid - Gema Takbir
  148. Uji Rashid & Hail Amir - Pengertian Di Hari Raya
  149. Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya
  150. UNIC - Muhasabah Ramadan
  151. Wings - Hari Raya Yang Mulia
  152. Wings - Keroncong Hari Raya
  153. Wings - Puisi Aidilfitri
  154. XPDC - Dendang Perantau
  155. Zainal Abidin - Dendang Perantau
  156. ZaitonS Sameon - Lebaran Yang Mulia
  157. Zalifah Ibrahim & M Shariff - Hari Raya
  158. Ziana Zain - Indah Di Hari Raya
  159. Ziana Zain - Saat-Saat Aidil Fitri

    Isnin, Ogos 16, 2010

    Habit Terketagih Aku !

    nipis cm ni.
    Aku siyes x sure since bila, tapi sekarang dah ketara. 

    Sebab dulu lebat sangat, even nak genggam pun payah. Sekarang nak genggam sebelah tangan pun dah x da hal lar....

    Dulu kalau guna standard getah, 2 kali pusing pun dah berjaya ikat dengan ketat dan rapi.

    Berkali-kali aku dibebel, dimarahi ,dijeling,  kerana habit aku yang satu nie.

    Tapi aku anggarkan bermula since 2009 kot.

    OooPPppppssssss !!!!!!!!!!!!!!!

    Sebelum korang fikir lucah ar, fikir out of the box lar baik aku terangkan pebenda habit aku yang bila aku melakukannya, aku sendiri tak sedar.

    Tabiat, cabut rambut gatal dan rosak !

    Masalah wanita yang berambut !
    Kalau ada yang terusir keluar landasan pun aku cabut gak, tengok yang mengerbang tu !
    Nooooooooooooooooooooooo.............................

    Semuanya bernula pada hari aku sisir rambut aku menggunakan sikat. Aku raba dan ramas setiap helaian rambut tu.

    Owh ! Terdapat kekasaran. Kekerintingan , Kegatalan !

    Tick ! Aku cabut. 

    Raba lagi.

    Tick ! Aku cabut.

    Lagi dan lagi dan lagi dan lagi......................................lagi....................

    Sekarang rambut aku dah kurang lebat. Tapi masih tebal lagi. 

    Yang x boleh bla nye, tangan tu macam bergerak sendiri, x boleh berhenti nak cabut rambut.

    Mama cakap :

    "Hah, cabut rambut lagi. Mama potong tangan tu nanti. Tengok lantai ni dah penuh dengan rambut ko. Tengok rambut ko dah kurang, Lama-lama botak nanti."


    x mau BOTAK !
    sharifah amani. respek keberanian dia demi filem !
    cun gak nieh !
    Tangan mima ni hah ! Babap sikit mama !

    Huhuhu...sekarang aku buat-buat sibuk untuk elakkan aku ada masa lapang. sebab bila aku ade masa lapang dan berbaring kemalasan di atas katil, tanganku mula la gerak sendiri.

    Owh, baru aku faham perasaan orang yang nak berhenti tabiat merokok.

    Susah woooo...........Tapi x mustahil !

    rambut x mustahil !
    rambut idamanku !

    Ahad, Ogos 15, 2010

    SEBELUM Mendapatkan Lesen. Kisah Shyima ditahan JPJ n Polis~~~

    Ye,ye..Aku baru nak gi mendapatkan lesen..Both motokar n motorsikal. Alarh. Tapi, belum terlambat lagi pun. Amek lesen ni x kisah ar pasal umur. Tapi kalau amek SPM umur 30 tahun,,,erm....boleh lar...

    Neway, Shyima nak citer2 sket pasal pengalaman mendapatkan lesen nie. So far update ni ditulis, Shyima belum dapat L lagi........................HUHUHUHU !

    K. Sebelum dapat lesen. Selama ni kan dok kat kampung jer. Mane la kisah sangat if ade lesen or tak de kan. pas abes SPM, aku goyang kaki macam The King of Da World n kemudian sambung blajar kat PSIS.

    Time praktikal, iaitu time aku sem 3, aku kene buat praktikal. Aku pilih UPSI. So, aku praktikal la kat situ.Nak dipendekkan cerita, aku n Huda (kawan sekelas yang praktikal kat UPSI gak), kami adakalanya naik motor berdua.
    Shyima dan Huda in PINK lar !!!!

    Si Huda ni ade lesen. Si Shyima ni x ade lesen.

    Atas faktor keberanian kematian (brani mati) dan faktor endurance, Shyima yang bawa motor nie. (Kalau Huda bawa entah pukul berapa sampai umah) Hehehe..Sori Huda...

    Dalam tempoh 6 bulan praktikal tu, n dalam tempoh2 yang kami bawa motor, kami pernah ditahan polis trafik skali, JPJ  dua kali...Hahahahaha...Giler padan muka !

    Time kene tahan polis tu, Shyima baru lap dari simpang 4 lepas trafik light. Belok2 terus jumpa polis ! Cilakak ! Patutlar orang lain belok simpang lain.
    Polis tu tahan kami. dan tanye " Mana lesen awak?"
    Aku sumpah gelabah. Aku buat2 cari dalam purse sambil membebel, 
    "Encik ni. Saya dah tua-tua macam ni x kan x de lesen kot? Saya ni kan perempuan. Kalau saya x ada lesen, manelah saya berani bawa motor." , sambil berpure-pure mencari lesen yang x wujud dalam purse.
    "Baiklah. awak boleh jalan."
    Sambil tersenyum kambing, aku lambai tangan n cakap "Terima kasih encik "

    Pastu kami pun berlalu dengan gelak tawa.

    Tu kene tahan polis. Haaaaaaaaaa.............

    Ade satu hari ni aku kene tahan JPJ. Sebab serius x perasan (even jalan tu lurus n memang balai JPJ punyer port pun kat situ gak). Kebetulan plak tengah speed. 

    Pas kiteorang perasan ade roadblock, dengan slumber badaknye, kiteorang berenti kat tepi jalan, tuka posisi. Lantak ar JPJ tu nampak ke x, yang penting time kene tahan, Huda yang berlesen tu yang sedang memulas minyak.

    OK.
    Nasib agak x baik ar.JPJ tahan gak. Die suruh berenti kat tepi jalan. Huda dah wat muka gelabah dah. Aku buat muke konfiden + innocent + kool gitu. 

    JPJ check motor. Die tanye, roadtax motor ni mana. 

    Jeng ! kami tiba2 teringat pesanan empunya motor.

    "Jikalau kamu terserempak dengan JPJ, hendaklah kamu tepukkan tangan sebanyak 3 kali. dan menyahut namaku sebanyak 3 kali. Maka aku akan muncul ! "
    zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..................................OPpspspssppspsssssssssss...

    Actually,

    "Kalau korang nampak JPJ n die tanya pasal roadtax, roadtax ade dalam tempat duduk kamu tu taw", kate empunya motor.

    Dengan suspender nyer, kami bukak seat tu. 

    Aiyark ! Syial tol ! Yinnadei ! X ada dowh !

    JPJ   : Hah, mana roadtax kamu?
    Huda : Encik. Ni kami pinjam motor orang je  ni en. Orang tu cakap ade dalam ni. Saya betul2 tak taw.
    Shyima : Kejap2, roadtax tu rupe die cam ner?
    Huda : Yang petak yang selalu tampal macam kat keter tu.
    Shyima : Aku ingatkan motor x yah pakai roadtax.
    JPJ   : Kamu biar betul.
    Huda : (teresak2. entah betul ke berlakon entah) Encik betul kami x taw. ni motor pinjam je ni encik.

    Akibat kesian tengok muke Huda yang cemik jer camtu, JPJ pun dengan tenangnye melepaskan kiteorang.
    JPJ : Kali ni saya lepaskan awak. lain kali periksa dulu sebelum bawa.
    Huda : Baik encik. Kami janji. Janji x buat lagi dah.
    Shyima : Em. Betol2. X buat lagi dah. (aku x janji ek)

    Lalu kami pun berlalu pergi balik umah. Huda sebenarnye memang nangis pun..Hehehe..aku ingat die buat lakonan terbaik macam aku selalu buat.

    Lagi satu kes ni, sempoi sikit.

    Aku bawa motor cam biasa. Huda dok belakang. Dah aku dok speed, x dan nak berenti 2ka passenger.

    Aku bawa. Huda belakang dah gelabah dah. Dok tarik2 baju aku. Aku steady ag....

    Depan JPJ, aku senyum menggoda, aku angkat tangan n cakap "Assalamualaikum Encik !"
    "Waalaikumussalam...."

    Dan berlalu pergi secara innocent.

    Hahahaha.

    Sume bende ni aku consider as TUAH AYAM jer.

    Manusia, hidup ni berputar. Adakalanya di atas adakalanya di bawah. 

    So, skrg aku dh sedikit insaf (x de kaitan dengan unsur keinsafan pun)

    Aku sekarang tengah amek kelas, ceramah n ntah pebenda untuk buat lesen..

    (even gie keje naik motor untuk perjalanan 1/2 jam dengan 80 km/j...kelajuan aku plus2 sket ar..ermm..sket kot....ye lar tu!)

    Hope tuah ayam kekal lama sket denganku sampailah aku dapat lesen nanti !!!!!!!!!!!




    Terdapat ralat dalam alat ini