MAIN HANTU-HANTU
aku gelar ni, 10 TEENS. Kawan sampai mati. |
Sebenarnya, bila tiba bulan puasa ni, aku mesti teringat time form 5 dulu. Tak de lah dulu sangat . Dalam tahun 2007, la..Huhuhu…Sudahlah tahun tu tahun SPM, kami boleh lagi fikir nak have fun je….
Ada satu kisah menarik di sini yang masih aku ingat. Begini ceritanya :-
Malam itu suasana hening. Bacaan ayat-ayat suci untuk solat Maghrib kedengaran. Bulan puasa camni, aktiviti di surau lebih lama daripada biasa. Boleh aku katakana, hamper jam 9.30 malam, barulah pelajar-pelajar akan ke blok akademik untuk prep (preparation class).
Mendengar sahaja bacaan Al-Fatihah pada rakaat pertama solat Maghrib, 6 bayang yang sedari tadi sibuk meng’ushar’ line, mula mengatur langkah. Mulut terkunci rapat, langkah yang diatur pun, macam orang pijak semut tak mati. Untuk ke blok akademik, laluannya boleh dilihat dengan jelas dari saf lelaki di surau.
Dah la kene menaiki tangga ala-ala Batu Caves yang kukira lebih 80 anak tangga, dengan lampu pejalan kaki yang terang-benderang, 6 bayang tadi meredah jugak ar ! Tegar tol !
“Ala. Dorang kan tengah sembahyang. Kalau dorang nampak kite, maknanya dorang tak kusyuk la tu !”
Seperti yang dirancang dan seperti yang kiteorang telah praktis, kiteorang pun memulakan rancangan kami. 6 bayang yang dimaksudkan ialah Shyima, Ana, Puteri, Izzah, Mima dan Pah. Oh, by the way, jangan salah faham ek. Kami peod.
Lampu dipasang. Di kelas 4E kami amek port.4E kot….. Ok. Meja dirapatkan. Semua kerumun meja tu. Dah macam doctor-doktor yang sudah sedia nak bedah orang pulak !
Kain putih yang diperolehi entah dari mana kami bentangkan atas meja. Tali raffia dan surat khabar lama kami himpunkan dan jadikan sebagai bahan tambahan kami.
Operasipun bermula.
Surat khabar digumpal dan digumpal dan digumpal sampai Mampat ! Pas dah dapat banyak gumpalan, kami taruk kat atas kain putih yang telah kami bentang tadi. Kami kemudian ikat dan setelah bentuk yang diingini menjadi, kami pun cari port untuk letak ‘benda’ tu pulak.
Port terbaik ialah kat Makmal Biologi. Makmal ni ada kat G floor dan merupakan benda pertama yang perempuan akan nampak sebaik sahaja menaiki tangga Batu Caves tu. Lepas kiteorang port ‘benda’ tu kat situ, kami pun menyorok.
Pelajar-pelajar perempuan mula mendaki tangga ke blok akademik. Kami yang tengah sekodeng dari kelas jadi excited.
1 . 2. 3. !
“Ah !!!!” , “Mak!”, “ Arghhhh !!! “ , “Aaaaaaaa……………….” !
Terkekek-kekek kami ketawa.
Bila dah clear dah semua orang kat tangga, dimana semua orang sedang berada dalam kelas la tu, kami pun slowly datang kat port ‘benda’ tu digantung dan kami cabut benda tu balik.
Puteri bagi idea nak letak kat aras 4 yang gile2 sunyi dan spooky tu !
Tapi, kami bantah. Sebab kami dapat berita, student-student yang Nampak ‘benda’ tu tadi dah report kat warden bertugas. Nasib baik dorang tak tau siapa yang buat (agaknya).
Kami bawa benda tu ke tempat sunyi dan kami hapuskan semua bahan bukti. Macam pisang goreng panas, berita tentang ‘benda’ tu tersebar. Tapi sekejap je cerita pasal ni hangat di pasaran. Hanya feymes untuk malam tu jer…..
Kami yang terlibat ni syok ar sebab x kantoi !
Esoknya, sorang junior berselisih dengan kiteorang.
“Korang kan yang buat POCONG malam tadi tu?” Tanya budak tu sambil memandang tepat kat Puteri.
“Asyik-asyik aku. Pe-pe hal tak baik je aku yang kene tuduh !” seloroh Puteri.
“Eleh, sape lagi yang buat benda-benda pelik cam ni selain GENG korang?”
“Excuse me. Jangan panggil kami GENG ! Kami tak suka. Nampak macam kumpulan mafia jer.” Aku
berkata. “Kami bukan GENG ! Kami semua ni kawan..Kawan rapat…”
shyima yg no 3 dari kiri. hehehe.muka wajib. alamak.sori farah izzatie. |
Hehehehe…Nasib baik budak tu pun kire kamcing ar dengan Puteri, so x de la kecoh2 sangat..Tapi seronok tau bila ingat balik benda-benda nakal yang kita dah buat. Banyak benda-benda nakal yang kami dah buat, tapi yang tegar a.k.a wajib ada setiap kali buat benda2 nakal cam ni ialah Izzah, Puteri dan Shyima .
Shyima siap ada senarai lagi perkara nakal yang kiteorang dah buat dan akan dibuat. Kat paper tu Shyima tulis tarikh terjadi dan tarikh yang kiteorang target nak buat. Juga tercatat dalam kertas tu ialah senarai nama yang terlibat untuk sesuatu perkara nakal.
Dari situlah Shyima sedar, kami bertiga ni muka wajib buat hal nakal.
Episod-episod akan dating Shyima nak cerital lagi pasal kenakalan zaman dulu2.
Jangan tiru aksi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan