Jumaat, Ogos 20, 2010

Edisi Sekolah Rendah - Rambut, Sikat dan dotdotdot.

Pada suatu masa dalam tahun 1997, aku pun masuk darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Dato' Yahya Subban. Dulu-dulu aku freehair gitu. Rambutku diikat ponytail kemas. (cumey taw dulu. skrg x sgt).

Dengan semangat kanak-kanak ribenanya, aku pun dimasukkan ke kelas 1 Amanah. Dengan seriusnya aku cakap, aku memang tak ingat siapa yang duduk sebelah aku time tu. Tapi  kawan-kawan perempuan sekelas aku suka betul main rambut aku. Guna jari pun boleh ! Wah ! ;)


Satu hari tu, kawan-kawan wanita kelas aku ni nak main salon2 la konon. Ok lar. Aku jadi customer. Aku pun berlakon la jadi customer sebaik mungkin. Aku minta dorang curly kan part bawah rambut tu.

Korang tau tak jenis sikat yang satu sisir tu. Hah. Sikat tu la yang dorang guna untuk main salon-salon nie. Oh, pada yang tak tahu sila rujuk gambar di bawah :

Sedang kami asyik berangan dan bermain x hingat dunia, tiba-tiba semua murid2 menggelabah pergi tempat duduk masing-masing.

Lorh. Cikgu datang rupanya. Ala. Biaselah zaman budak2 dulu bukan main takut cikgu. Zaman sekarang lain. hihihihi (orang x sedar diri berkata).

"Bangun, selamat pagi cikgu !" ucap ketua kelas.

"Selamat pagi. Ok, boleh duduk."

Cikgu Rositah tiba-tiba terdiam. Semua mata tertumpu kat kami. (yang tadi dok sonok main salon-salon konon nyer).

"Kenapa kamu semua tak duduk tempat masing2?"

Kawan aku yang menyikat rambut ku tu tak berkata apa-apa. Dia hanya buat demo sikit jer. Dia pergi tarik-tarik sikat tu dan seraya tu lah kepa la aku pun terikut terhenjut-henjut mengikut daya arah tarikan.

"Apa kamu buat nie? Shyima, mari sini"

Cikgu panggil aku ke depan. Aku pun berjalan dengan sikat masih terlekat di kepala.

Dekat depan kelas, di mana semua orang sedang pandang aku, cikgu pun tarik-tarik sikat tu. Edisi tarik-menarik berlaku selama lebih kurang 5-10 minit gak ar sebelum cikgu mengambil satu keputusan drastik sekali yang bakal mengubah hidup aku.

"Bagi saya gunting."

"Cikgu.....................TIDAAAKKKKK !!!!!"

"Terpaksalah.....Nanti bagitau mak kamu sebabnya ye."

Hari itu aku pulang dengan rambut x seimbang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan