Fikiran aku melayang lagi.
Pergh ! Aku bab-bab berangan ni memang nombor one lar ! #1
Kali ni aku teringat pasal aku mematahkan tangan kakakku. LITERALLY.
Sumpit aku cakap bahawa time tu aku masih kecik molek, comel tambahan pula innocent gitu. (sumpit yang dimaksudkan di sini ialah sumpah. Aku x berani ar nak main-main dengan perkataan sumpah. Bak kata orang lain, nanti kene makan sesumpah ! Wa x mau !!!!!
Owh, berbalik pada tadi. Aku ni cepat benor terlalut dan out of topic. Harap maaf . (^_^)
Ok ! Berbalik balik semula pada tadi.
Time tu seingat aku lar, aku masih tadika. Kirenya aku ni umur 5 tahun la. Kakak aku pulak 7 tahun iaitu darjah 1.
Waktu petang yang hening dan indah nian, kakak bermain basikal. Aku membonceng kat belakang. Sebab time ni aku x de basikal (ke x reti kayuh basikal kot, entahlar).
Bila dah senja, kakak pun nak simpan la basikal. Dia erm… ape ek perkataan yang orang cakap..die x kayuh basikal tu, tapi dia pimpin lar. Ishk ! x kan memimpin basikal pulak. Pelik jer. Tapi korang paham la apa yang aku cuba sampaikan kan???
Kalau x faham, sila buat2 faham je la ek.
Tengah dia kusyuk ‘memimpin’ basikal tu, aku yang x reti nak berfikir dengan waras , ops, bukan bermaksud aku gila. Aku pun melompat kat tempat duduk belakang basikal tu.
Dia yang menerima kejutan beruk dengan tindakan drastic aku tu telah ‘terlepas’ basikal yang ‘dipimpin’ lalu basikal tu pun menghempap dia. Ditambah pulak dengan keberatan badan aku time tu, (maybe dalam 14,15 kg time tu…), maka kakak dihempap dengan beban extra !
Aku bangkit dari terhemban dengan muka cuak. Luka aku x sakit pun jika dibandingkan dengan perasaan cuak time tu. Macam budak2 kecik yang korang selalu nampak bila dorang dah buat salah ar. Eh, lagipun aku kan kecik lagi time benda ni jadi.
Mama meluru kat kiteorang. Kakak pulak dok bising menangis-nangis.
“HUHUHUU..UWAAAUWAAA..TANGAN KAKAK…WAAAA”
“Uish. Dah patah dah tangan kakak ni !”
hiasan semata-mata. gambar bukan mangsa apatah lagi penulis. |
Kakak pun dipimpin masuk ke rumah. Owh, yang ni baru sesuai dengan perkataan ‘pimpin’. Hehehehe.
Pe yang jadi lepas tu aku x berapa clear sangat lar. Blur. N x ingat. Sebab dah lama kan..Tapi keesokan harinya , bidan pun sampai..Bidan kampong taw! Bukan gi hospital or klinik ! Gila Otai Kampung ar kiteorang nie ! I LIKE !
Time bidan tu datang, aku berada di sisi kakak. Mesti la sebab aku rasa bersalah. Aku nak tengok progress bidan tu. Aku sanggup tidak hadir ke tadika demi menjaga kakak yang telah patah tangan diakibatkan oleh aku. (air mata mengalir)Mama, Mima sanggup tau ! HAHAHAHA ! Neway, mekasih ar mama sebab bagi mima ‘jaga’ kakak. HuHuHu Hungga hungga !!!
Tapi kan, kalau korang sendiri tengok cara urut kampong ni, memang sumpit hardcore arh ! Yang paling aku ingat dan x boleh blah, bidan tu sentap tangan kakak aku sebelum memulakan urutan. Bunyi pun sentap gak arh, PRAP !
Aiyark ! Kak, cam sakit jer time tu ! SORRY…..(buat muka comel)
Selesai diurut, kakak dibedung eh..macam salah guna perkataan lagi jer…di..erm..dianduh ! betol kot nie. Kakak cuti selama 2 minggu ke 2 bulan entah. (aku pun same gak lar sebab aku kan jaga kakak kesayangan aku nie).
Tapi kan, one day ni, mama suruh aku gi tadika, (mencebik). Tapi aku pergi jugak lar. Sesampai je kami kat tadika, kami dapati tadika tu tutup. Aik. Pehal plak nie??? Misteri ke.
Adakah tadika telah diarah tutup oleh pihak berkuasa??
Adakah tadika telah di ‘hijack’ oleh penjenayah dan mereka semua sedang dikurung dan sedang menangis ketakutan di dalam??
Atau, adakah………………………………………………
“Ah, mama ! baru mima ingat. Ustazah cakap, hari Sabtu tadika cuti lar. Lupa pulak nak bagitau.”
“Ah, mama pun lupa hari ni hari sabtu lah.”
Kami pun balik dengan muka malunya. Sepanjang perjalan orang tengok aku pelik je sebab pakai uniform tadika. HUHUHUHU. Malu owh!
Pesanan penaja:
Aku sebenarnya x biase sebut basikal. Dari kecik aku sebut basike je(mengikut slang perak). Dan beberapa perkataan lain yang aku sebut sebegitu ialah bekeh pensel, kipeh.
kakak si cikai. maka, cikai kuasa dua. |
penulis. Shyima cikai sengal babun . |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan