Ahad, Ogos 08, 2010

Tips - Idea Untuk Update Blog. ;)

Aku dengan penuh gerentinye cakap, korang-korang yang ade blog ni, mesti kadang-kadang blur pasal pe benda nak ditulis. Kalau x update blog, nanti orang ingat, kita ni sudah tak aktif ber 'blog' pulak .


Tapi, kalau nak update pulak nak taip citer pasal pe.?? Huh, satu hal kene perah idea plak...Tapi, kadang-kadang idea tu akan datang sendiri dan ikut mood penulis gak...


Tapi, aku kat sini nak bagi beberapa tips lar untuk orang-orang yang de blog. -sumber diperolehi dari kajian Dr. Ashyima.- Hehehe......


Keyword # 1 = Konfiden = Syok Sendiri = SS !


1. Kite kalau dah de blog ni, kite kene tulis pe2 dengan penuh konfiden ! Cam aku sekarang ni, dah la follower pun x ramai (sedang mengungkit...) . Pastu entah ade orang bace ke tak, entahlah.


Hah. Sebab tu Dr. Ashyima cakap kite bler ber blog, kene konfiden. Pedulik la ade orang nak baca ke tak, yang penting update  jer cerita. Pedulik lar jalan cerita tu menarik ke tak, taip jer. !! Pedulik la cara penulisan kita tu menarik ke tak, taip jer !


Yang penting, bile kite ber blog ni, hati kita puas ! Kita rasa hepi n gembira. Kiranya, kita buat blog ni macam untuk kepuasan kita sendiri. Bile kita sendiri puas dengan hasilnya, orang lain pun akan automatik suka kan ??


---------------------------------------------------------------------------
Keyword # 2 = Kuat berangan or berfikir !


2.Untuk update blog, anda mestilah seorang yang kuat berangan...! Mesti  ! hahaha..Erm..X pun kuat berfikir..Dr. Ashyima ni kuat berfikir tau. Dia selalu fikir tentang saat lampau, sedang terjadi dan akan terjadi..Pastu juz coretkan la kat blog...


Contohnye, seperti cerita-cerita memalukan (sila klik untuk kisah memalukan Shyima)  yang pernah terjadi pada diri sendiri..cerita2 sedih..cerita2 membanggakan...etc...
-------------------------------------------------------------------------------


Keyword # 3 = Tau ape follower mahukan !


3. Bile kita ada blog, n ade follower...Kita cuba tanya dorang faktor2 dorang teringin ( or terpaksa) menjadi follower korang..


Adakah mereka follow korang sekadar nak membalas budi korang sebab korang dah follow die dulu...
contoh perempuan cun.hahaha !
Or adakah mereka follow korang sebab cerita korang gempak2 dan menepati apa yang dorang mahukan??
Tak pun dorang follo korang sebab korang cun ??? (yang pasti bukan aku..)


Erm..Sebab tulah blogger ni kene berinteraksi dengan follower untuk mendapatkan feedback..


Pada yang ade follower yang malas-malas nak komen tu, korang permudahkanlah cara dorang untuk mengomen...


Yang masih malas nak komen2 tu, sila kerat tangan mereka ! (Owh, ampunkan aku wahai blog2 yang telah aku follow. sebab aku pun x komen kat blog korang )
------------------------------------------------------------------


Keyword # 4 - Ciplak ciplok. Plagiat !


4.Hah. Ni antara tips yang x baik sekali pernah aku bagi. Tapi idea ni memudahkan blogger kan ??? Dengan membaca berita terkini, hiburan sensasi or ape2 yang tengah meletup2 di pasaran internet tu, korang pun ciplak jer la idea n post kat blog korang..


Walaupun tips ni paling x baik n sungguh x berdaya fikir, tapi ciplak ciplok ni la yang selalunye melonjakkan blog seseorang...


Tapi ade jugak perkara yang lebih elok diciplak. Seperti Sunnah Rasulullah, Kisah-kisah pengajaran, yang berkaitan keagamaan, etc. Bende2 cam ni lebih elok diperhebahkan kepada umum daripada disimpan untuk diri sendiri kan ??


-----------------------------------------------------------------------

Hahahaha !

Yang paling tak boleh blah nya, Shyima dengan penuh poyonya buat tips cam ni.

Kalau ramai follower tak pe la jugak.

Tapi, bak kate tips tadi, kite kene konfiden ! Yang ni aku paling suka.

Alah.

Aku tau, walaupun aku x ramai follower, tapi aku tau ramai yang baca blog aku ni tanpa menjadi follower.

Betul kan ??

Bak kata aku, THINK POSITIVE !

Salam...;)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan