Rabu, Ogos 04, 2010

Binatang Peliharaan Aku ! (Sad Ending) - True story !

Teringat aku pada zaman aku kecik-kecik. Dalam Banjar kita sebut, bahari (dulu) . Dulu kan zaman serba slow tanpa jaringan, laman sesawang apetah lagi pesbok n blog kejadah nyer ! Digimon pun aku x ada ! (mainan digital yang memelihara Digimon).

Aku dodok kat kawasan kampong. So, aku, hutan, ladang dan haiwan hampir-hampir sebati. (pernah main tarzan lagi sebab ade dahan kenyal dari pokok2 dalam hutan.)

Keluarga pernah bela beruk. Beruk ke monyet aku pun x tau la pe bezanya. Beruk tu kami bagi nama Kasut. Sebab die suka main kasut. Bagi main benda lain, die macam x berminat sangat.

Kasut ni kami ikat dengan rantai kat leher. Letak kat luar, kat halaman umah. Atok aku ni, membuat pengajian al-Quran di rumah beliau dari kul 1 sampai kul 3 petang. So, ramai la budak2 yang sering datang mengaji.

Budak2 tu lepas habis mengaji, dorang akan main dengan Kasut ni. Dorang tarik2 rantai die ! Sian Kasut ! Tercekik-cekik die !

Suatu petang yang hening, Kasut tiba2 menunjukkan sifat pasif. selama ni die la paling terkinja-kinja macam beruk mat yeh ! Kami amati. Ia nampak sakit. Nampak mcm nazak !

Kami bawa die ke dalam rumah. Dukung macam bayi. Bagi minum susu. Suapkan dia makan. Tp, ia masih x menunjukkan tanda-tanda makin sihat.

Mak cik Shyima, menangis-nangis bile atok dengan tenangnye cakap; " Dah nak mati la tu".

Kasut makin lama makin lemah. Mak cik masih pangku Kasut macam bayi. Lama-lama Kasut dah x bergerak lagi. Teruk mak cik menangis.

Dalam hujan2 tu jugak, atok pegi tanam Kasut. Kami pun ikut dan menangis sama-sama.
---------------------------------------------------------------------
Shyima pernah ade 20 merpati !Abah bela. Kesemua dalam satu sangkar yang x berapa besar. Shyima suka kira bilangan merpati yang ada. Tiap kali Shyima bagi makanan dan minuman, Shyima kira. Dan tiap kali Shyima kiralah, bilangan merpati makin berkurangan ! Lama-lama semuanya hilang. Bila dah semuanya hilang barulah kami tau yang sangkar merpati tu, ade lubang yang kecik yang mampu memuatkan tubuh merpati !
---------------------------------------------------------------------
Kura-kura. Nama dorang labu dan labi ! yup ! 2 ekor jer....Shyima x ingat pe jadi kat dorang...Maybe adik Shyima lepaskan dalam parit depan rumah kot..Or..Die melepaskan diri ??? dengan kelajuan tersendiri.??!
---------------------------------------------------------------------
My Fav. Arnab. Ade 4 ekor dewasa. 2 jantan 2 betina. Badan dorang putih bak salji. Mata merah bak delima. Memang kiut sgt2 lar ! Tapi agak agresif dengan orang. Dorang akan cakar-cakar. Sakit jugak lar !
Tuptaptuptap.Tuuuuuuuuutttttt....Mereka pun melahirkan baby ! Banyak gila baby arnab. ! Cumil sgt2...Erm..Tapi sebab banyak sangat lar, kami bagi kepada sape-sape yang nak. Makin lama makin berkurang. Tggl parent die n 2,3 ekor anak jer. Tp umur dorang x pnjg..Dorang mati......
---------------------------------------------------------------------
Kucing...Banyak betol...Aku pernah tulis senarai keturunan dorang yakni nenek moyang kucing belaan kami bernama SORA. Antara nama-nama kucing kami yang lain ialah  NOGY, FATTY, BLACK NOSE, LONGTAIL (LOTE), SHORT TAIL (SHORTY), ACANG, ACANG JUNIOR dan bnyk giler lagi..tapi majoriti dah melarikan diri a.k.a mati...or bagi kat orang..Yang masih setia bersama kami ialah NOGY ! Bru kelmarin die melahirkan baby2 baru kat atas bumbung umah..So, Shyima x dapat tengok lagi...
.........................................................................................................
Paling cumil ! Hamster. Bela 3 ekor.. Shyima bagi nama, Felix, Ackem, Mawi. (hehehehe, sorry yek pd nama yg terlibat)...

Yg sadisnya, Ackem ni beranak tapi kiteorang x tau pun. Time bersihkan kandang dorang, kami mendapati Felix n Mawi dah makan anak dorang !  Owh, kalaulah kami taw awal2..


Pd yg x taw, bler Hamster beranak, kene asingkan bapaknye dgn maknye..Maknye duduk satu sangkar dengan anaknye..kalau x, cam ni la jadinya !
.........................................................................................................

Pernah gak la bela tupai yang diberi nama Papai . Tapi sebabkan sangkar die tu kayu, die gigit tiap hari sampai lah satu hari die terlepas...
......................................................................
Ikan abah je yang ske bela..Shyima x bagi nama pun....hehehehe...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan