Rabu, Mac 30, 2011

Kalau Nak Ramai Follower ~ Kenalah Baca Si Blogger.

A friend told me, “kalau nak ramai follower,ko letak ar gambar cun2.”
Maka aku pun letak gambar yang bagi aku cun2. Tapi x ramai pun follower.
“Maknanya ko tak cun la tu.”kata kawan aku tu.

A friend told me, “Kalau ko nak ramai follower, ko try la berniaga.”
“Aku nak berniaga apa. Kalau tudung dengan shawl tu common sangatlah.”
“Aku juz bagi idea.” Kata kawan aku tu.

A friend told me, “Kalau ko nak ramai follower, blog ko kenelah cun melecun.”
“Blog ko x cun pun. Tapi ramai je follower.”
“Errrr….” Kata kawan aku tu.

A friend told me, “Kalau ko nak ramai follower, ko buat giveaway.”
“Aku tak de bajet lah. Nanti2 lah aku fikir.”
“Banyak betul alas an.” Kata kawan aku tu.

A friend told me, “Kalau ko nak ramai follower, entry ko mestilah gempak dan kelakar. Tapi orang yang copy paste a.k.a plagiat pun boleh dapat follower ramai.”
“Setakat ni, orang yang baca semua cakap entry aku kelakar dan menarik.”
“Blog ko kekurangan x-factor lar..” kata kawan aku tu.

A friend told me, “Kalau ko nak ramai follower, ko kene la rajin blogwalking dan be a follower too.”
“Aku rajin bw n be follower. Tapi dalam tempoh tertentu je la. Pas tu aku dah malas nak update.”
“Ko kenalah rajin update.” Kata kawan aku tu.

A friend told me, “Kalau ko nak ramai follower, apa kata ko guna bahasa standard dengan ejaan yang penuh. Sebab aku kurang sikit nak faham tulisan shortform2 nih.”
“Aku buat ikut hati dan tangan aku gerak automatic la. Macam geli la pulak nak bajet jadi skema bapuk tulis penuh-penuh.”
“I’m just saying…” kata kawan aku tu.

A friend told me, “Kalau ko nak ramai follower, ko suruh la kawan2 sahabat handai ko buat blog jugak. Pastu ko suruh dorang jadi follower ko.”
“Aku dah suruh dah. Tapi tak semua rajin. Dorang cakap, dorang buta IT.”
“Ko dan kawan ko, sama je. Banyak alasan.” Kata kawan aku.
“Tapi ko pun kawan aku gak.” Aku berkata mengakhiri perbualan.

p/s : A friend ni memang somebody dalam hidup aku. Dia concern tentang aku dan selalu bagi nasihat pasal blog kat aku. Aku pernah cop dia sebagai “My Blog Advisor”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini