Rabu, Januari 19, 2011

Adik Bongsu ke Tadika !

Lama menggila Shyima tak mengonlinekan diri. ! Haishhh ! Stress betul terhadap wayar-wayar yang pendek umur tu. Anyway, walaupun x ramai follower, nampaknya ramai yang membaca senyap-senyap. Opsss..! Anda, terasa ke?..Ngeh,ngeh,ngeh ~ Bukan anda sorang yang baca senyap2..ramai lagi….Em, tapi Shyima tak kisahlah. Mekasih banyak2 yang tak terhingga kepada yang sudi-sudi membaca blog si minah cikai macam Shyima ni ! Mekasey ~!(tiru gaya Alleycats)

Serious masih sempat lagi untuk Shyima ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 versi kalendar Greek ! Kalau versi kalendar Islam, dah lepas dah kan..Dan kebetulan, awal tahun ni, adik Shyima yang paling bongsu ni, menjejakkan kaki buat kali pertama ke alam persekolahan. Tadika pun kira as sekolah kan?? errrr…
Inilah Mohd. Aizam b. Mohd. Zainal Abidin, lahir pada tahun 2006, so sekarang dia berumur 5 tahun lah ! 
oih,ak mesti nak masuk gak tu.

Sangat comel orangnye kan?? Kalau adiknya comel, so,mesti kakaknye lagi comel kan? Hah ! Mekasih,mekasih.Jangan puji lebih2.Memang kakaknya comel.tapi comel lain.kakaknya comel yang ”comel”, if you know what I meant.

Hehehehehehehehehehe……~
Aizam ni excited sangat nak pergi sekolah. Even sejak berumur empat tahun lagi, setelah digembar-gemburkan oleh ahli keluarga mengenai keseronokan sekolah dan berkawan. Bila peralatan sekolah macam beg,baju,kasut,bekas pensel etc. dibeli untuk dia, tiap hari dia akan try testing. Lagi2 beg dengan kasut. Heh. Beberapa hari sebelum start sekolah, barulah perasan yang dia punya pembaris dah patah, pensel warna banyak hilang, kasut pun dah comot, beg pulak isi mainan! Aish……

Hari pertama sekolah, dia kene kejut bangun awal. Hehehe. Comel sangat..Untuk turn mandi, dia last sekali. Starting pukul 6.30 pagi,Aiman first, Shyima second, Epoi third (kalau perlu), Aizam fourth, Abah last. Ni turutan mandi yang perlu dipatuhi ikut turutan. Walaupun Aiman sebenarnya mandi sekejap je. Mama?? Mama tak masuk turutan sebab Mama mandi lebih awal dari turutan tu.

Aku kerja time first day dia jejak kaki ke sekolah. So, bila habis keje, aku jadi excited nak dengar cerita sekolah dia. Tapi, balik-balik rumah, die tengah tidur nyenyak betul. Huhuhuhuhu…
Tapi aku dengar dia tak menangis. Just pee dalam seluar je la. Biasalah budak-budak. Takut. Korang pun dulu kencing dalam seluar kan? Berak? Hehehehe…(18PG)

Hari kedua went smooth sikit. Dia dah berani dah cakap kat cikgu kalau nak terkucil. Tetapi, dia wat hal lain pulak. Ade ke dia makan waktu cikgu mengajar ! Orang lain tengah dengar cikgu mengajar, tiba-tiba dia keluarkan Chipsmore yang mama letak dalam beg. Cikgu pun cakaplah “tak boleh makan waktu cikgu mengajar”, pastu die reply “AKU laparlah.” ..walaupun cam comel je bila bayangkan mak cik cerita, tapi rasa macam nak kene ajar gak la adik aku ni. Perangai ni mesti ikut abang die ni! Kekekeke…

Abah cakap, antara kami 5 beradik bila hantar kat tadika, aku sorang je yang nangis. Serious aku x percaya. Dan aku tak ingat langsung pasal tu. Aish..memalukan jer..

1 ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini