Rabu, Januari 19, 2011

Aku nak Teman untuk ...

Aku nak teman untuk….
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu….banyak factor aku nak kawan dalam tempoh nie. Bukan kawan setakat chat dalam Pesbok ek. Tu hanya virtual ! Nak kawan yang boleh tolong aku gelak mengekek ngekek  bila dia wat lawak depan mata aku. Nak kawan yang sembang depan-depan mata so kredit tak habis cam tu je. Nak kawan yang nangis depan aku bila dengar cerita sedih aku. Nak kawan yang boleh cerita-cerita pasal masalah bf ke peribadi ke etc. Nak kawan yang boleh aku kata “bongek ah ko.” “sengal gila ko”, “cam siot je dowh.”
Bukan aku tak da kawan. Aku ada ramai kawan, Dari SKDYS,MRSM KKB,PLKN KB,PSIS. Semua aku sayang. Kawan yang betul betul betul betul BFF pun ramai. Tapi buat masa ni, tak ada seorang pun di sisi aku. Masing-masing study, kerja dan kebetulan semuanya jauh-jauh.

Disebabkan sebelum ni aku hidup dengan buat nakal, ketawa besar-besar,menangis hug-hug ,layan movie sambil kongsi emotion dan bergumbira je dengan rakan-rakan, so, bila aku tak lalui benda-benda cam tu lagi, aku rasa macam satu kehilangan besar.

Bukan aku nak cakap hidup dengan family ni tak best. Best. Dan aku tahu, ramai yang hidup sendiri di luar tu jeles dengan aku yang hidup dengan family walaupun dah keje. Ramai yang keje dan hidup berdikari tu sanggup buat apa saje untuk mempunyai hidup macam aku ni. Hidup dengan family ni best and aku sangat bertuah masih mempunyai ibu bapa dan adik beradik. Alhamdulillah.

Cuma, terms family dan friends tu besar bezanya. And aku rasa tak payah pun aku nak elaborate sebab korang pun faham kan pe beza kedua-duanya.

Kalau boleh aku nak hidup dengan family macam sekarang ni and bila weekend ke, petang-petang ke, aku nak lepak sembang dengan kawan-kawan. Tak pun suruh dorang sleepover kat rumah aku ke, dan buat macam rumah tu kitaorang punya sampai x hingat dunia. Dan yang paling aku nak sekali, layan movie marathon ! Macam kat rumah sewa PSIS dulu ! Aku sangat-teramat-terpaling-terpalingamatsangat suka masa-masa yang kami spent untuk tengok movie sahaja. Lagi-lagi cerita hantu or horror (walaupun aku ni si badan besar yang penakut). Entah kenapa entah aku suka dengan perasaan takut bila tengok cerita hantu or horror.

P/s : Aku sebenarnya nak buat last paragraph “Tuhan, jatuhkanlah aku seorang kawan perempuan yang sekepala dengan aku dari langit.” Tapi bila aku fikir-fikir balik, aku jadi takut la pulak. Aish ~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini