Jumaat, April 01, 2011

Aku ke orang lain??

27 Mac 2011. Hari Konvokesyen Ke 6 PSIS dan yang kedua bagi aku. Aku pun tak tahu kenapa aku berdegup bagai nak tercabut jantung dan tangan membeku bagaikan tengah duduk kutub Utara atau kutub Selatan. Bukan hiperbola wa cakap sama lu !!

Sedang aku duduk menunggu giliran untuk naik pentas, aku pun mengelamun ke bumbung dewan serbaguna PSIS tu. Teringat la aku tentang kejadian pahit yang berlaku tatkala aku memandang lampu syiling di barisan kedua dari kiri iaitu Kejadian lampu terbakar sewaktu dinner JP. (sila rujuk link untuk cerita detail).

Ya. Secara ringkasnya, lampu dewan yang tu telah terbakar time aku sedang kusyuk bagi award kat atas stage. Aku memang tak faham kenapa semua orang lari keluar dari dewan. Sebab aku kat atas stage memang tak dengar langsung apa arahan dorang.

Orang sekeliling aku pun semua dah lari. Dengan hamper hadiahnya tercampak kat tangga la. Nasib baik gadis-gadis hadiah (mereka yang bawa hadiah dari belakang stage kepada pemberi), dorang tarik aku turun dari stage. Dan kemudian Ahmed Farhans yang hadir pada hari tu, telah menyambut tangan aku dan membawa aku lari keluar dewan. TQ ya kepada pemberi hadiah dari SMD tu.

Dah keluar dewan baru lah aku faham apa yang terjadi. Lampu dewan terbakar. Apabila aku dimaklumkan mengenai perkara itu, sumpah aku hampir pitam. Nasib baik adik-adik Jabatan Hospitaliti pegang tangan aku dan pimpin aku bersama si Ahmed Farhans tu. Adik tu tanya ‘akak tak apa-apa ke?’ TQ ye adik entah sapa nama dari JH tu. Itulah yang jadi dalam dewan tu time dinner JP dulu.

Em…Panjang aku mengenang kejadian tu dalam dewan sewaktu konvo. Sikit sikit aku mengeluh. Lepas tu aku tumpukan pada graduan-graduan yang naik atas stage untuk terima sijil or diploma dorang. Tiba-tiba lampu spotlight kat tepi 3 baris kerusi di hadapan aku meletup ! Terkejut orang-orang yang berdekatan.

Dan tak semena-mena orang yang sekeliling aku (graduan-graduan Jabatan Perdagangan yang terlibat dengan dinner tu) jadi gabra. Masing-masing meluahkan rasa cuak dalam diri. Aku pun terasa cemas di dalam hati. Spontan keluar ayat dari mulut aku “kat opis aku pun banyak benda kene petir dan rosak.  Entah-entah ada benda ikut aku dan tak suka kat aku”.

Mereka yang mendengar respon aku hanya mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menidakkan pun tidak.
Perasaan aku je tu kot. Atau memang ada benda yang ikut aku. Atau bukan aku, tapi orang lain.

P/s : aku ni senang rasa bersalah kalau aku ni antara punca terjadinya sesuatu kesalahan. Tahap rasa bersalah aku ni agak tinggi sampai aku pernah terfikir nak buat tindakan bodoh yang salah di sisi agama. Jauh-jauhkanlah perkara demikian daripada aku. Amin.

2 ulasan:

  1. fuh! ni dah kes antoo ni.. kena panggil antoo fighter ni.. heee... tu cuma kebetulan la.. relax...

    BalasPadam
  2. hehehe...tu la..mgkn bkn pasai entiti kot..mgkn ion -ve or +ve yg ada dlm bdn ni yg menarik api,elektrik dan petir..think positive ! ;)

    BalasPadam