Rabu, Ogos 11, 2010

Nak Gak Buat Cerita Berkaitan Bulan Puasa ! Al-Kisah Shyima dan Puasa.

Memang masih x terlambat lagi untuk aku wish Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak ! Bulan yang paling indah dan penuh keberkatan. Bulan yang Allah s.w.t. janjikan kemaafan kepada mereka yang benar-benar memohon keampunan kepadaNya.

Opppsss...!!!

Aku tau aku x cukup alim n wat so eva berkaitan...Jangan la plak ade orang nak condemn aku sebab bagi nasihat, bajet baik sangat la kot...

Heiiii....Aku bukan bagi nasihat. Aku tau ak x de baik mana. Tapi aku juz nak beringat sikit lar..Takat apa yang ada dalam dada aku nie....

Anyway.

Huhuhuhu. Tiap kali datang bulan puasa, macam2 reaksi dari semua orang kan. Reaksi Shyima pulak, "Eh, dah nak dekat puasa ke? x rase pun. " 
Mungkin sebab hujung-hujung bulan, nk masuk bulan puasa tu lar aku baru terhegeh-hegeh nak ganti puasa, sebab tu bile bulan puasa dah tiba, feeling nyer kureng.............................

Masihkah kau ingat, pada waktu itu , blablabla..(x ingat lirik.....)

Ni Shyima nak citer sikit al-kisah puasa yang yok yang berlaku kat Shyima. 

Tapi x de la macam over sangat seperti orang lain kot..

Skola rendah, biase lar. Balik2 skola jer, tanpa berlengah, Shyima ushar line.

Shyima toleh kiri, Shyima toleh kanan. Suspen !

Ok, line clear ! Apa lagi, glup,glup,glup

Berteguk2 air sejuk dari peti ais Shyima tumtum (tungtung, tungtum,tonggang,togok??? ntah pe lar bahasa yang sebenarnye).

Hah. Pastu Shyima sambung ar puasa balik.

Ha. Kan dah cakap. Cerita Shyima puasa yang-yok x de la se'brutal' orang lain.

Baik gak Shyima ni gitu !


Ahad, Ogos 08, 2010

Tips - Idea Untuk Update Blog. ;)

Aku dengan penuh gerentinye cakap, korang-korang yang ade blog ni, mesti kadang-kadang blur pasal pe benda nak ditulis. Kalau x update blog, nanti orang ingat, kita ni sudah tak aktif ber 'blog' pulak .


Tapi, kalau nak update pulak nak taip citer pasal pe.?? Huh, satu hal kene perah idea plak...Tapi, kadang-kadang idea tu akan datang sendiri dan ikut mood penulis gak...


Tapi, aku kat sini nak bagi beberapa tips lar untuk orang-orang yang de blog. -sumber diperolehi dari kajian Dr. Ashyima.- Hehehe......


Keyword # 1 = Konfiden = Syok Sendiri = SS !


1. Kite kalau dah de blog ni, kite kene tulis pe2 dengan penuh konfiden ! Cam aku sekarang ni, dah la follower pun x ramai (sedang mengungkit...) . Pastu entah ade orang bace ke tak, entahlah.


Hah. Sebab tu Dr. Ashyima cakap kite bler ber blog, kene konfiden. Pedulik la ade orang nak baca ke tak, yang penting update  jer cerita. Pedulik lar jalan cerita tu menarik ke tak, taip jer. !! Pedulik la cara penulisan kita tu menarik ke tak, taip jer !


Yang penting, bile kite ber blog ni, hati kita puas ! Kita rasa hepi n gembira. Kiranya, kita buat blog ni macam untuk kepuasan kita sendiri. Bile kita sendiri puas dengan hasilnya, orang lain pun akan automatik suka kan ??


---------------------------------------------------------------------------
Keyword # 2 = Kuat berangan or berfikir !


2.Untuk update blog, anda mestilah seorang yang kuat berangan...! Mesti  ! hahaha..Erm..X pun kuat berfikir..Dr. Ashyima ni kuat berfikir tau. Dia selalu fikir tentang saat lampau, sedang terjadi dan akan terjadi..Pastu juz coretkan la kat blog...


Contohnye, seperti cerita-cerita memalukan (sila klik untuk kisah memalukan Shyima)  yang pernah terjadi pada diri sendiri..cerita2 sedih..cerita2 membanggakan...etc...
-------------------------------------------------------------------------------


Keyword # 3 = Tau ape follower mahukan !


3. Bile kita ada blog, n ade follower...Kita cuba tanya dorang faktor2 dorang teringin ( or terpaksa) menjadi follower korang..


Adakah mereka follow korang sekadar nak membalas budi korang sebab korang dah follow die dulu...
contoh perempuan cun.hahaha !
Or adakah mereka follow korang sebab cerita korang gempak2 dan menepati apa yang dorang mahukan??
Tak pun dorang follo korang sebab korang cun ??? (yang pasti bukan aku..)


Erm..Sebab tulah blogger ni kene berinteraksi dengan follower untuk mendapatkan feedback..


Pada yang ade follower yang malas-malas nak komen tu, korang permudahkanlah cara dorang untuk mengomen...


Yang masih malas nak komen2 tu, sila kerat tangan mereka ! (Owh, ampunkan aku wahai blog2 yang telah aku follow. sebab aku pun x komen kat blog korang )
------------------------------------------------------------------


Keyword # 4 - Ciplak ciplok. Plagiat !


4.Hah. Ni antara tips yang x baik sekali pernah aku bagi. Tapi idea ni memudahkan blogger kan ??? Dengan membaca berita terkini, hiburan sensasi or ape2 yang tengah meletup2 di pasaran internet tu, korang pun ciplak jer la idea n post kat blog korang..


Walaupun tips ni paling x baik n sungguh x berdaya fikir, tapi ciplak ciplok ni la yang selalunye melonjakkan blog seseorang...


Tapi ade jugak perkara yang lebih elok diciplak. Seperti Sunnah Rasulullah, Kisah-kisah pengajaran, yang berkaitan keagamaan, etc. Bende2 cam ni lebih elok diperhebahkan kepada umum daripada disimpan untuk diri sendiri kan ??


-----------------------------------------------------------------------

Hahahaha !

Yang paling tak boleh blah nya, Shyima dengan penuh poyonya buat tips cam ni.

Kalau ramai follower tak pe la jugak.

Tapi, bak kate tips tadi, kite kene konfiden ! Yang ni aku paling suka.

Alah.

Aku tau, walaupun aku x ramai follower, tapi aku tau ramai yang baca blog aku ni tanpa menjadi follower.

Betul kan ??

Bak kata aku, THINK POSITIVE !

Salam...;)


Khamis, Ogos 05, 2010

Mana Kakak, Mana Adik ???!

Hah. Mula-mula skali, aku nak minx maaf la kat Nor Farhana nieh. Sebab amek gambor die tanpa izin. Eleh, tapi kalau mintak izin pun, die mesti bagi punyer. (Kite kalau nak buat sumting kene konfiden..)

Aku Noor Ashyima dan dia NorFarhana.

Ok, ! Sekarang cuba korang teka mane satu adik mana satu kakak.???

3

2

1

Ok, Masa telahpun tamat!

Erm...Betulla tu..Shyima yang belah kanan tu..Nana yang belah kiri tu..

Hah ! Pe die? Shyima kakak??

Oh, Plzzzzzzzzzz.........Teke sekali lagi..Plzzzzzzzzzzzz....

Owh, tetap x berubah pendirian ek?? xpe,xpe...

Huhuhu...Actually..memang dah biase lar orang ingat Shyima ni kakak n Nana tu adik. 
Shyima lahir 1990..Nana 1988...
Nana tu kakak Shyima.. Kakak sulung kepada 5 beradik..
Shyima anak kedua yang manje tapi matang gitu...
Under Shyima, ade 3 adik laki yang (no description available)
Hehehe............



Alarh !
Shyima rasa, antara FAKtor- FAKtor orang ingat Shyima ni kakak ialah :
1. Body yang berisi macam orang dah kawen.
2. Muke n perangai matang sangat banding kakak. Kakak ni hepi go lucky sangat...(x matang langsung)
hehehehe..........

Dulu, Shyima memang x suke sgt2 bler org ckp Shyima cam kakak...

Tapi skrg dah x kisah dah..Shyima rasa bangga orang nampak Shyima macam orang matang !

Tapi, memang common kan. Kebanyakkan adik perempuan akan nampak lebih matang banding kakak sulung nyer kan?? Banyak giler kot keadaan sedemikian...So, x kisah lah..

Yang turut mengalami benda-benda cam ni, plz put your hands up !!!!




Rabu, Ogos 04, 2010

Binatang Peliharaan Aku ! (Sad Ending) - True story !

Teringat aku pada zaman aku kecik-kecik. Dalam Banjar kita sebut, bahari (dulu) . Dulu kan zaman serba slow tanpa jaringan, laman sesawang apetah lagi pesbok n blog kejadah nyer ! Digimon pun aku x ada ! (mainan digital yang memelihara Digimon).

Aku dodok kat kawasan kampong. So, aku, hutan, ladang dan haiwan hampir-hampir sebati. (pernah main tarzan lagi sebab ade dahan kenyal dari pokok2 dalam hutan.)

Keluarga pernah bela beruk. Beruk ke monyet aku pun x tau la pe bezanya. Beruk tu kami bagi nama Kasut. Sebab die suka main kasut. Bagi main benda lain, die macam x berminat sangat.

Kasut ni kami ikat dengan rantai kat leher. Letak kat luar, kat halaman umah. Atok aku ni, membuat pengajian al-Quran di rumah beliau dari kul 1 sampai kul 3 petang. So, ramai la budak2 yang sering datang mengaji.

Budak2 tu lepas habis mengaji, dorang akan main dengan Kasut ni. Dorang tarik2 rantai die ! Sian Kasut ! Tercekik-cekik die !

Suatu petang yang hening, Kasut tiba2 menunjukkan sifat pasif. selama ni die la paling terkinja-kinja macam beruk mat yeh ! Kami amati. Ia nampak sakit. Nampak mcm nazak !

Kami bawa die ke dalam rumah. Dukung macam bayi. Bagi minum susu. Suapkan dia makan. Tp, ia masih x menunjukkan tanda-tanda makin sihat.

Mak cik Shyima, menangis-nangis bile atok dengan tenangnye cakap; " Dah nak mati la tu".

Kasut makin lama makin lemah. Mak cik masih pangku Kasut macam bayi. Lama-lama Kasut dah x bergerak lagi. Teruk mak cik menangis.

Dalam hujan2 tu jugak, atok pegi tanam Kasut. Kami pun ikut dan menangis sama-sama.
---------------------------------------------------------------------
Shyima pernah ade 20 merpati !Abah bela. Kesemua dalam satu sangkar yang x berapa besar. Shyima suka kira bilangan merpati yang ada. Tiap kali Shyima bagi makanan dan minuman, Shyima kira. Dan tiap kali Shyima kiralah, bilangan merpati makin berkurangan ! Lama-lama semuanya hilang. Bila dah semuanya hilang barulah kami tau yang sangkar merpati tu, ade lubang yang kecik yang mampu memuatkan tubuh merpati !
---------------------------------------------------------------------
Kura-kura. Nama dorang labu dan labi ! yup ! 2 ekor jer....Shyima x ingat pe jadi kat dorang...Maybe adik Shyima lepaskan dalam parit depan rumah kot..Or..Die melepaskan diri ??? dengan kelajuan tersendiri.??!
---------------------------------------------------------------------
My Fav. Arnab. Ade 4 ekor dewasa. 2 jantan 2 betina. Badan dorang putih bak salji. Mata merah bak delima. Memang kiut sgt2 lar ! Tapi agak agresif dengan orang. Dorang akan cakar-cakar. Sakit jugak lar !
Tuptaptuptap.Tuuuuuuuuutttttt....Mereka pun melahirkan baby ! Banyak gila baby arnab. ! Cumil sgt2...Erm..Tapi sebab banyak sangat lar, kami bagi kepada sape-sape yang nak. Makin lama makin berkurang. Tggl parent die n 2,3 ekor anak jer. Tp umur dorang x pnjg..Dorang mati......
---------------------------------------------------------------------
Kucing...Banyak betol...Aku pernah tulis senarai keturunan dorang yakni nenek moyang kucing belaan kami bernama SORA. Antara nama-nama kucing kami yang lain ialah  NOGY, FATTY, BLACK NOSE, LONGTAIL (LOTE), SHORT TAIL (SHORTY), ACANG, ACANG JUNIOR dan bnyk giler lagi..tapi majoriti dah melarikan diri a.k.a mati...or bagi kat orang..Yang masih setia bersama kami ialah NOGY ! Bru kelmarin die melahirkan baby2 baru kat atas bumbung umah..So, Shyima x dapat tengok lagi...
.........................................................................................................
Paling cumil ! Hamster. Bela 3 ekor.. Shyima bagi nama, Felix, Ackem, Mawi. (hehehehe, sorry yek pd nama yg terlibat)...

Yg sadisnya, Ackem ni beranak tapi kiteorang x tau pun. Time bersihkan kandang dorang, kami mendapati Felix n Mawi dah makan anak dorang !  Owh, kalaulah kami taw awal2..


Pd yg x taw, bler Hamster beranak, kene asingkan bapaknye dgn maknye..Maknye duduk satu sangkar dengan anaknye..kalau x, cam ni la jadinya !
.........................................................................................................

Pernah gak la bela tupai yang diberi nama Papai . Tapi sebabkan sangkar die tu kayu, die gigit tiap hari sampai lah satu hari die terlepas...
......................................................................
Ikan abah je yang ske bela..Shyima x bagi nama pun....hehehehe...




Ahad, Ogos 01, 2010

Shyima berusaha x nak mengeluh!

Ok.

Ni post dari Shyima yang agak pendek.

Shyima juz nak cakap, Shyima dah faham perasaan orang yang bekerja. Shyima masih kukuh buat masa ni, n Shyima masih bertahan sebab

Shyima fikir orang lain boleh buat, kenapa Shyima x boleh kan??

So, disebabkan pemikiran yang demikian, Shyima x nak komplen, x nak merungut, x nak mengeluh...

Shyima memang manusia biasa.

Dalaman Shyima rasa letih sangat. Tapi Shyima masih x nak mengeluh.

Sebab sekali Shyima mengeluh, itu tandanya Shyima nak give up.

Shyima x nak jadi seperti sebelum2 ni, dan lantas menerima kegagalan.

Shyima X NAK MENYESAL ! (klik untuk bace kisah penyesalan Shyima)

Shyima sangat perlukan kawan di sisi Shyima sekarang untuk luahan rasa.

Shyima terlajak pendam perasaan sorang2 !

Shyima rasa Shyima dalam bahaya !

Huhuhuhu...

Neway, skrg dah rasa sedikit lega di dalam hati.


Sabtu, Julai 31, 2010

Modern Day Slavery: Shyima's Story. True Story.

Hehehe. Ini memang cerita betol2 terjadi punyer. x tipu punyer...bukan aku buat karangan sendiri, bukan jugak aku nye angan2..


Modern Day Slavery: Shyima's Story

9-Year-Old Egyptian Girl Forced Into a Life of Labor in California


shaymaa



It was a house just like any other in the wealthy Northwood district of Irvine, California. But Shyima worked in that home as a secret servant, often locked inside, for three years. She labored up to twenty hours a day without pay, trapped in a life that amounted to slavery.
"I [could do] nothing but…pray to God. That's about it," Shyima said.


Watch the story on "Primetime Family Secrets" Tuesday at 10 p.m. EDT
Shyima grew up in Egypt, one of twelve children living in a destitute section of Alexandria. When she was only nine, Shyima's mother sent her away from home so she could work.
But what Shyima did not know was that her parents had essentially sold her into slavery. A contract between her parents and Nassar Ibrahim, a 51-year-old entrepreneur, stated that Shyima would work for his family of seven for the next ten years. In exchange, Nasser would pay Shyima's parents a minimal monthly fee. She would receive no money for her work.

'A Classic Case'

"I thought, 'This is a classic case,'" said Kevin Bales, who leads a human rights organization called Free the Slaves (http://www.freetheslaves.net/). "It has virtually every single marker for the enslavement of a young girl under domestic service."
Shyima became one of them when the Ibrahims decided to relocate to Irvine, California in August of 2000. In Shyima's case, the human trafficking was easy to hide. A passport picture and a false visa were all it took. Shyima's paperwork claimed she was "a student," "on vacation," and she would be back in "one month."According to Bales, there are about 27 million people enslaved around the world today. He estimates 15,000 slaves are brought into the U.S. each year.
Once in the United States, the Ibrahims moved into an upscale home in a gated community. Instead of living in the luxurious house with the family, however, the Ibrahims forced Shyima to live alone in a small, dirty room in the garage. She slept on a mattress with no heating or air conditioning and washed her clothes in a bucket. She worked seven days a week, washing the dishes, doing laundry, and scrubbing the kitchen floors until late at night.
"When the whole family was there it was really busy all the time. You didn't get much sleep," Shyima explained. "[I would] just wake up and go do what I was told to do -- like working, clean up the rooms or bathrooms, doing the dishes."
shaymaa home

Slavery, Solitude, Salvation

Shyima was treated as a second-class citizen in the Ibrahim household. She was not allowed to socialize with the family or leave the house. Because she was not allowed to go to school, she did not know how to read, write, or speak English.
At age 11, Shyima had been not only forced into slavery, but also into a life of solitude. The Ibrahims controlled Shyima by intensifying her fears, telling her that her family in Egypt would be hurt or the police would beat her if she were to run away. Neighbors believed she was a cousin of the Ibrahim family, never suspecting the truth.
On April 9, 2002, 16 months after Shyima first arrived at the Ibrahim household, someone called in an anonymous tip. Detective Tracy Jacobson followed up with a visit to the house. Jacobson found a very frightened Shyima and brought her to a protective home for abused children.
"I believe she thought she was being arrested," Jacobson said. "Later on, I learned that Shyima had been told if she went outside that the police would arrest her and take her to jail."

Happily Ever After?
On the same day Jacobson freed Shyima, Nasser Ibrahim was arrested at his home. Nearly five years later Nasser and his wife Amal pleaded guilty to two federal slavery charges: conspiracy and harboring an illegal alien. Nasser was sentenced to three years in prison, and Amal was sentenced to 22 months. Shyima was placed in foster care and taken in by Chuck and Jenny Hall, who invited her into their home, adopted her, and became the loving family she never had.

Shyima now attends school and speaks English. Once a hidden slave, she is now a typical American teenager: She recently got her driver's license, runs track at school, and attended the senior prom this past spring.
Shyima's escape from her life as a servant is the happily ever after many hidden slaves in America never get.


X sangke sebenarnya ade orang yang spelling nama sama macam ni. Sebab ejaan Shyima kan agak susah..Sebutan memang la familiar di mana-mana pun..Tapi atas dasar ingin tahu, Shyima explore dan mendapati ade kisah sebegini plak..Hehehehe..btw, sian 'Shyima' yang terlibat tu..

Shyima di sini sangat2 beruntung !