
Berkenaan tajuk plak, hah, ye ! Aku memang orang Banjar. Pure Banjar. And I am so proud to be one ! Aku pelik dengan orang yang malu nak ngaku dirinya Banjar..Bukan de pe2 masalah or menghinakan pun.
Hah ! Sapa yang tanya tu ? Banjar tu ape?? Kuih ?? Binatang?? Jelmaan ?? Hah...salah tu....
Banjar ni :
"Orang Banjar merupakan suku peribumi bagi sebahagian besar wilayah Kalimantan Selatan, kecuali di Kabupaten Kota Baru.
Mereka menggunakan bahasa Banjar, yang pada asasnya adalah bahasa Melayu. Nama Banjar diperolehi dari Kesultanan Banjarmasin atau dipendekkan menjadi Banjar, bertepatan dengan nama ibukota pada mula berdirinya."
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Wikipedia sendiri la....
Erm..Bukan pe..Kelmarin..Adik aku kejut aku dari tidor semata-mata nak mintak tolong printkan sumting..Malam tu aku x berapa nak amek port sangat la..Kepala otak aku time tu pikir port nak landing je la..Bersama bantal2 empuk dan ucuk kesayangan..
So, hari ni baru aku menunjukkan curiousity aku dan aku pun baca la artikel terbabit..
Artikel tu berkenaan Sungai Manik Bermandi Darah ..erm..Tajuk macam menarik dan mudah difahami..

Maka aku pun baca la bersama-sama ibu aku..dia la yang translate sket2...
Hehehee...Walaupun aku ni orang Banjar...tapi aku memang kureng bahasa banjar nie...Boleh kate hampeh tahap fail lah...
Atok aku nye bahasa banjar memang pekat sampai dia minx tolong pun aku x faham...
Ade la satu hari tu, atok aku cakap sumting dengan aku.. Aku plak dok "ha??" "pe dia" "ulang balik"...Agak lama aku dok "ha? ha ?ha? " nenek pun datang.."Orang minx tolong angkatkan kayu".Aiyark...sorila tok..Erm..lagi satu..
Actually, kami x panggil atok ni atok..untuk grandfather, kami panggil Nenek Akik...Aku pun x pernah panggil nenek akik aku ni atok...
Semalam pun aku jadi ketinggalan gak..Orang dok rancak bercerita time berbuka..Memang rancak dan bersungguh-sungguh la dorang bercerita..Tak lama pastu aku dapat tau gosip kat kampung ni dari orang lain dan aku pun tanya la adik aku..
"Ko ni ape lahh..Itulah yang kitaorang dok bercerita time bukak tadi. Takkan ko x faham sepatah pun..."
"Alah. Manelah aku faham..Korang cakap bahasa banjar..!"
Pengajaran untuk aku kat sini..belajarlah bahasa sendiri dulu barulah belajar bahasa orang..Sebab aku ni beria-ia nak belajar bahasa hindi dan korea..tapi bahasa sendiri tak nak plak belajar...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan