Selasa, September 14, 2010

The Ugly Truth (My IC and License). *True*

Ramai yang tau dan ramai gila yang tak tau, bahawa IC aku nie dah mencecah bilangan KETIGA ! Tanpa cakap @ menaip banyak, ni hah buktinya..:

Hehehehe…Sapa-sapa yang dah de IC sila lihat belakang IC korang…Pada yang x pernah de pe2 masalah etc. , mesti masih 01 kan..hehehehe…Aku punyer 03 ! hehehe..x tau la nak bangga ke ape…

Kisah si IC #01.

Di bilik B 2-37, asrama MRSM KKB, aku sedang mengemas barang2 aku…Aku punggah semua isi dalam beg kelas aku ke atas katil..Aku susun barang-barang yang aku tabor tadi kat atas katil..Pastu aku pergi amek barang lain..tiba-tiba bilik dikunjungi oleh seseorang..Seseorang itu lantas menjejakkan bontotnye ke atas katil tanpa menggunakan mata..

Seseorang tu dok membebel-bebel pasal pe ntah aku pun x ingat..Aku plak yang sedang memegang barang time tu, lantas mencampakkan barang terbabit dan meluru ke seseorang.
“Oit. Beratnye ko. Bangunlah ! Ko duduk atas IC aku !”
“Alamak, x perasan.”

Aku mengangkat IC aku tu. Aku perasan cam de sumting wrong je dgn IC aku tu..Aku amati dengan mata kasar..aku amati pulak dengan kesemua senses aku…Huhuhuhuhu..Sudah patah meh ! Kalau takat patah biase bolehlah aku selotape sementara ke..Tapi patah betul-betul kat cip nyer…huhuhuhu…Bontot seseorang tu tajam betol larh…

Kisah si IC #02.

Masih di MRSM KKB, aku yang ketika tu form 3 kot..dan aku sudah memegang IC #2 setelah buat baru dengan kene denda RM30..my beloved bestfren (x nak mention nama,sbb die follow aku.tp die akan terase sendiri kot)hehehe..ok, Minah ni simpan IC dalam purse aku..Aku pun suruh la die jaga purse tu sebab aku tau aku ni jenis careless..

Pada satu malam yang indah permai, kami pergi ke rumah staf utk menonton final AF2. Setelah berpuluh-puluh cucuk satay kami habiskan dan selesai menonton, kami pun pulang ke kamar masing-masing..Barulah sedar yang purse tu tiada di sisi Minah !

Minah memaklumkan aku yang purse maybe tertinggal di rumah itu. Tapi bila dicari di rumah itu, tiada..Huhuhuhu…Kami plan nak biar je sampailah umur 18 tahun tapi…Tahun tu tahun PMR..so kene bawa IC time exam..So, both of us buat IC semula. N time final both of us pakai IC sementara..(aku kene denda RM30 lagi walaupun sepatutnya denda tu increase).

Time form 5, iaitu pada hari terakhir kami selepas selesai SPM, Alyaa mengemas bilik beliau..Dia terbalikkan almari dan terjumpa purse hijau..dan didalamnya ada IC Minah n shyima..Hehehehehe…

Tapi sekarang Shyima pakai IC yang #03. Walaupun rupa macam hampeh, macam warganegara bangla jer..tapi shyima tetap jaga elok2..Nak tengok betapa hampehnye rupe IC aku nie..Sila lihat lah..
hahaha.cilakak jer muka.

Masalahnye gambar IC dah buruk. Tapi gambar lessen pun nak buruk pehal..huhuhu…Gambar lessen L aku..:

Tapi kerani tempat aku ambik lessen ni cakap (setelah dengar aku mengeluh pasal gambar)
“Nak buat cam ne. Dah memang muka kamu. Lain lah kamu suruh orang lain ganti masa ambik gambar..Tak pun, muka kamu tu macam Siti Nurhaliza, gambar tu jadi cantiklah..”

Amek aku sebijik !



Tiada ulasan:

Catat Ulasan