Isnin, September 13, 2010

Raya Ketiga - Merisik, Bertunang, Melangkah.

Pada hari raya ketiga, iaitu semalam lah kan..famili aku plan nak jalan-jalan mengunjungi sanak saudara yang memang sekitar Perak gak..Memang majoriti sedare kami area Perak jer..Rancangan asal kami nak pegi Bagan Dato' dan kemudian pergi ke Batu Gajah...

Tapi plan bercampur aduk sebab nenek akik ajak ikut rombongan merisik, bertunang dan melangkah nie..So, kiteorang pun pegi la ikut rombongan tu dulu..x jauh pun...Kami rombongan lelaki dari Kg. Belt dan perempuannya kat Kg. Bahagia jer..Dekat jer..

Tapi maybe masing-masing saling ajak-mengajak, so bilangan rombongan lelaki memang ramai gile kot..Lebih 8 kereta..Kereta pun bukan calang-calang..Didalangi famili lelaki menaiki Wish, pastu Grand livina pastu citra dan banyak lagi la..

Sampai-sampai kat rumah pihak perempuan, nenek akik pun bermadah-madah dengan bapak pihak perempuan..Kemudian, setelah dijemput masuk, rombongan lelaki pun masuk la dengan hantaran..entah berapa dulang aku pun x amek port ah..

Pastu merisik pun bermula..nenek akik dan besannya memulakan mukadimah..berpantun lagi tu..aku x ingat  cam ne...tapi yang aku faham maksud dorang ialah : "kami datang untuk bertanya, sudahkah bunga disunting orang" hah, lebih kurang camtu la..boleh ah..

Setelah pihak perempuan menyatakan "kami terima anda datang merisik", pihak lelaki pun menyatakan tujuan seterusnya iaitu untuk bertunang..

Aku kat belakang dah gelak-gelak sorang2..aku tanya mak cik2 aku, cam ni ke caranya..cam kelakar jer...

Pastu pihak lelaki bertanyakan syarat yang dikenakan pihak perempuan...mak aih..bapak die mmg demand kot..or itu memang standard price entahla..tapi bapak die cakap syarat-syaratnya ialah :

1.tempoh bertunang mestilah kurang dari setahun. lebih kurang lagi bagus.
2.hantaran RM10000 seorang. Hantaran pertama yang pihak lelaki bawa pada hari tersebut ialah sebanyak RM2000. Maka jumlah hantaran selebihnya ialah RM8000 yang perlu dijelaskan. Kalau boleh, kesemua bayaran hendaklah dijelaskan beberapa bulan sebelum diijabkabulkan.
3.mas kahwin pulak RM310.

Ok..memang standard kot harga cam ni..aku pun x tau..mungkin bapak girl tu x delah demand sangat..dah memang untuk anak dia jugak..

Tapi time bagi duit (duit pe ntah) bapak die juz bising sket la sbb x letak duit tu dalam bentuk bunga ke, x pun letak dalam album ke...

Perbincangan seterusnya ialah pasal melangkah. Aku pun x faham mula-mula..tapi dorang bagitau girl ni langkah bendul...

so, bapak dia minx sepersalinan pakaian dan cincin untuk si kakak jugak lar..itu je la...

Anyway, majils diakhiri dengan menyarung cincin...Ibu pihak lelaki yang sarung...Kat tingkat atas...Aku x pegi tingkat atas, tapi dorang cakap persiapan dorang giler beria la..macam nak kahwin jer...

Aku bukan pe..aku juz cam kagum gak ar dengan amalan tradisi yang masih dikekalkan...Sebab suasana semalam memang cam tradisional habis la...bermadah sana, bermadah sini...walaupun keadaan semalam agak kelam kabut sikit...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan