Khamis, November 11, 2010

Angan-Angan Terindah. Bukan Realiti. ~

Ok. Assalamualaikum wbt kepada semua yang menjengah. Terima kasih yang tak terhingga Shyima ucapkan sebab sudi melawat blog Shyima yang serba cikai ini. Entry kali ini, Shyima nak bersifat jiwang leleh sikit. Tangkap lentok syal ! Ok, kembali berpura-pura menjadi jiwang dan sopan apatah lagi menggunakan ayat skematik untuk entry kali ini.

Shyima sangat-sangat teringin dan sentiasa berangan sebegini sejak umur Shyima 15 tahun (sekarang nak masuk 20, so dah berangankan benda ni selama 5 tahun). Apakah yang Shyima angankan? Adakah ingin menjadi pemain ragbi antarabangsa?? No ! Adakah Shyima ingin menjadi penjenayah nombor satu Negara? Sama sekali tidak ! Atau adakah Shyima teringin mempunyai kulit cerah dan badan ramping seperti gadis-gadis Girl’s Generation? Ok. Yang ni Shyima tak boleh nafikan sama sekali. Tapi itu bukanlah apa yang Shyima angankan selama 5 tahun kebelakangan ini.
Girl's Generation a.k.a So Nyuh Shi Dae a.k.a SNSD a.k.a The Era of Maiden
Yang menjadi putaran anganan yang telah meninggalkan kesan mendalam, merobek hati kewanitaan, mencahayai sinar percintaan yang Shyima maksudkan ialah lagu Spider- Relaku Pujuk. Hah, ada apa dengan lagu ni, kita tunggu sebentar lagi. Sebelum itu, cuba hayati iklan ini sebentar :


Relaku Pujuk

Artist: Spider
Ku dikejar bayang-bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan dipunya dan dipenjara
Belaian cintaku ini

Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa mengambang walau ku ditolak
Biar diuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki

Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu
Yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk

Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Daku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya

Usahlah kau bersedih
Dihadapanmu aku hadir
Memadam resah dan curiga dari hatimu
Apakah kali ini
Bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan azimatku

Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk

Ya…Bertemu kita lagi dalam rancangan…ZZZZzzzzz…..Hah. Dah hayati lagu tu dah? Sebenarnya, Shyima sangat teringin teman lelaki Shyima pujuk Shyima dengan menyanyikan lagu ini. Meh Shyima lakarkan atau gambarkan macam mana minda 15 tahun Shyima imagine ketika tu.

Ok. Shyima bayangkan Shyima dan dia bergaduh besar time dating dalam kelas waktu malam. Tapi salah dia la. Pastu dia pun pergi. Meninggalkan Shyima keseorangan di dalam kelas. (Warning: Minda remaja 15 tahun).Shyima pun nangis-nangis la cam nak rak. Pastu Shyima turun tangga. Shyima nampak dia berdiri kat hujung tangga tu.Shyima macam teragak-agak la nak turun. Tapi terus dia memainkan gitar dan menyanyi lagu Relaku Pujuk.

Shyima pun terpaksa la mencairkan diri. (kalau jadi betul2 cam ni, Shyima memang cair habis). Pastu Shyima turun tangga tu, dan dengar dia nyanyi sampai habis. Well, memanglah ada time Shyima macam nak mengelak, konon-konon nak lari la. Tapi dia halang. Dia pun kebetulan bawak geng die time tu, untuk back up die nyanyi. Bila lagu nak habis, Shyima try nak konon-konon lari la, pastu kawan-kawan dia halang dan menghulurkan sekuntum , bunga kegemaran Shyima sepanjang zaman setiap seorang. Daisy putih ! (ahh..bunga yang mencairkan hati wanita Shyima).

Pastu kawan-kawan dia mengelak, dia pulak melutut dan hulurkan sejambak Daisy putih kat Shyima. Fuh, dengan gitar yang masih meliliti tubuhnya..fuh..cair shyima…Ok…pastu berdamai la…
Hahahaha. Seronok dan teruja betul berangan macam nie !

Tapi macam sesuatu yang tak mungkin je. Mungkin boleh terjadi, tapi…entah la..Shyima tak nak mengharapkan sangat dan set minda Shyima..Lagipun ni kan berangan. Memang la hiperbola jer..Tapi Shyima nak bunga Daisy putih ! Sekuntum pun jadi la !

p/s : Warning. Jangan banyak sangat tengok Hindustan ! hehehe. Minda 15 tahun.Entah-entah korang punya angan-angan lagi hiperbola ! Renung-renungkan dan selamat beramal.

1 ulasan: