Isnin, November 08, 2010

Panda Eye. Dark Circles. Lingkaran Gelap Bawah Mata.

Semenjak dua menjak, menjak menjak ni, Shyima dah join in the club. What club?? Night Club? ermm..yang tu memang Shyima join..Tapi dalam FB je la..Huhuhu..~~Anyway, Shyima dah join Panda Eye Club ! Yeay ! Welcome to the club.

Siapa yang turut tergolong atau menggolongkan diri dalam golongan ni (berapa banyak golong da..), sila put your hands up ! Hoot~ !


Wakaka Ei Ei. Shyima ucapkan Welcome to The Club.

Ok. Ni tak bermaksud nak sentuh sensitiviti sape-sape atau apa-apa. Mungkin ramai yang mengalami Panda Eye ni semenjak dilahirkan lagi..er..mungkin ke?? Nothing's impossible. Dan ada sesetengah orang, contohnya Shyima yang baru-baru je menjadi panda.

Ok. Bila dah cerita kenelah sertakan bukti. Hah. Amek ko, buktinya.

Panda Shyima in Da , Haus lar..

Yang menjadi masalah sekaligus menghairankan kaum keluarga dan sahabat handai Shyima ialah, sebab apa Shyima ni menjadi Panda. Adakah sebab Shyima bermutasi? Adakah sebab Shyima telah disampuk oleh jin Panda? Atau adakah sebab Shyima sebenarnya anak Panda?

Huh. Suspen. Tapi suspender yang merepek kot. Antara faktor famous gila babun tak hingat dunia ialah TAK CUKUP TIDUR.Dan Shyima nak senaraikan sikit lagi faktor-faktor Eye Dark Circles.

1. Keturunan.
2. Terdedah kepada sinaran matahari.
3. Elergik dan Eksim.
4. Ubat.
5. Nutrisi.
6. Kepenatan atau tidur tidak mencukupi.
7. Kehamilan dan menstruasi.
8. Umur.

Untuk info lanjut sila layari link di sini. KLIK SINI. Eh, AWAK ! Tunggu jap. Sebelum tu, jangan klik lagi. Baca dulu sampai habis.

Hah. Mungkin faktor yang mengakibatkan Shyima transform jadi Panda ialah No. 2 dan No.3 sahaja. SAHAJA. Tak lain dan tak bukan. Apatah lagi no.8.

Sebab, kalau faktor keturunan, ahli keluarga Shyima tak macam tu pun..Lagipun, Shyima baru je menjadi Panda dalam bulan Mei 2010 dan ke atas..Kiranya sebelum ni mata Shyima bukan Panda..

Kalau faktor tak cukup tidur tu memang tolak ke tepi jauh2 la...Sebab, standard Shyima tidur pukul 10.00 malam ke atas tau. Sepanjang Shyima hidup, baru 2,3 kali Shyima tak pernah tidur langsung dalam sehari. Since Shyima duduk rumah keluarga Shyima ni (sebelum ni lebih banyak menghabiskan masa kat asrama je..), lagi la awal Shyima tidor. Sekitar pukul 9 malam gak la.

Mungkin Shyima terlebih tidor? Tak mungkin..Mungkin keperluan tidor Shyima perlu melebihi 8 jam? Huh. Pekejadah..kalau perlu lebih camtu, baik tidor selamanye je la..Astagfirullah..Tarik balik kata-kata..

p/s : Shyima tidor awal sebab x dapat tengok TV, sebab ada adik kecik yang layan Astro Ceria dan Playhouse Disney. Kepada TV berkenaan, sila menghargai pengorbanan saya dan kesungguhan adik saya demi menaikkan rating anda.
Hah. Amek . Ni baru Panda Eye. Mungkin versi Rock Star !! Yeyeah !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini