Selasa, November 30, 2010

Aku Sedang Memarahi Ni. Aumm !! Aww..

1. Kalau nak cari yang perfect, aku cadangkan jangan cari manusia lah !



2. Kalau asyik sibuk sangat cari keburukan orang, memang ko tak de masa nak kenal kebaikan aku lah.

3. Kalau ko ingat ko bagus sangat, ko buat lah sendiri. ko tak kan suruh orang yang kurang hebat dari ko ni buat.

4. Kalau ko ingat ko tau semua, ko cuba ingat balik, pada dasarnya ko pun bermula dengan tak tahu apa-apa.

5. Kalau pandai cakap je, buat tak berapa nak pandai seperti cakap, baik tak payah cakap lah !

6. Kalau rasa hebak sangat sebab jumpa kesalahan yang orang lakukan, hebak lagi orang yang buat kesalahan !

7. Kalau rasa dengan mengutuk belakang orang yang buat kesalahan, boleh menginsafkan pesalah dengan bersungguh-sungguh, kutuk la lagi. X pun aku cadangkan kalau ko berani sangat , cakap la depan-depan !

Hahaha. macam orang gila. padahal benda kecik je yang buat aku marah ni....tapi aku campur aduk dengan kemarahan yang lepas2..tapi ni semua tak sikit pun berkaitan dengan percintaan,pekerjaan apatah lagi berkaitan kes juvana etc.(bukan nama sebenar)

Bila aku baca balik, rasa macam kurang ajar la pulak style pemarahan macam tu. Kalau aku pergi sound orang yang aku marah ,face to face, menggunakan dialog yang aku tulis kat atas, mesti bertegang urat punya lah.

Tapi kalau aku betul2, betul2, really2 tengah marah, memang dialog di atas la yang keluar. Siap menjadi tukang karut sementara lagi.(eee-eee...ade sekor ank tupa atah jula mokte...karut lagi..) karut? karok?owh..wateva..

Apa-apa pun, kita ada adab. Tak kira lah bangsa or agama apa pun, adab tetap adab. Boleh apa tegur orang elok-elok.kan? Boleh ke x boleh murid2?? "erk..booleehh..."..Apa dia? X dengar? Boleh ke tak boleh? "boleeehhhh...."...hehehe. ni cikgu yang sedang mengajar murid menipu..Kemampuan diri yang entah siapa ukur...

Berbalik kepada marah beradab. Meh sini aku tuliskan dialog yang sama tetapi mengikut budi bahasa, adab, sopan santun dan tatasusila negara...Sila amalkan ye...Renung-renungkan dan selamat beramal !

1. Kalau nak cari yang perfect, aku cadangkan jangan cari manusia lah !
cara cakap baik-baik punya : "Nobody's perfect..."

2. Kalau asyik sibuk sangat cari keburukan orang, memang ko tak de masa nak kenal kebaikan aku lah.
cakap good-good : "Meh sini saya cari kebaikan awak pulak..oh..x de pun..."

3. Kalau ko ingat ko bagus sangat, ko buat lah sendiri. ko tak kan suruh orang yang kurang hebat dari ko ni buat.
cakap good-good : "Silakan tunjuk cara yang sebenarnya...erm...x de la hebat mana pun.."

4. Kalau ko ingat ko tau semua, ko cuba ingat balik, pada dasarnya ko pun bermula dengan tak tahu apa-apa.
cakap good-good : "Ko ingat ko lahir-lahir ko terus faham e=mc2 ker?"

5. Kalau pandai cakap je, buat tak berapa nak pandai seperti cakap, baik tak payah cakap lah !
cakap good-good : "Talk is cheap. Cakap memang senang...cuba try buat.."

6. Kalau rasa hebak sangat sebab jumpa kesalahan yang orang lakukan, hebak lagi orang yang buat kesalahan !
cakap good-good : "Cari kesalahan memang amat terlalu mudah dan senang tersangat kan..."

7. Kalau rasa dengan mengutuk belakang orang yang buat kesalahan, boleh menginsafkan pesalah dengan bersungguh-sungguh, kutuk la lagi. X pun aku cadangkan kalau ko berani sangat , cakap la depan-depan !
cakap good-good : ok. yg ni tak de cara baik. layak untuk maki sebegini.

p/s : any suggestion or addition boleh lah drop your comment jer...x susah....tekan link komen kutuk or ampu dan taip sahaja.! mudah bukan? semudah a,b,c !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini