Khamis, Oktober 14, 2010

Umur Sama Dengan Birthday.

Bab ni memang aku gila2 x puas hati. Gila-gila ah ! Assalamualaikum .... Starting nak gempak jer ! Jimik ! Hehehehe..Aku tau ejaan sebenarnye gimik..tapi selama aku 19 tahun hidup ni,sebutan aku ialah jimik ..Time sem 4 baru kawan2 aku perasan sebutan aku tu pelik dan dorang pun maklumkan kat aku yang sebutan sebenar ialah gimik. Pe2 jelar...

Berbalik kepada tajuk asal. Huh. Aku mmg x puas hati. Ye lar..Cuba korang bayangkan kalau korang lahir hujung bulan..contohnya macam aku yang lahir pada 20 November 1990 . (korang dah tau besday aku, so kenalah bagi hadiah kat aku..). Hah..Pada 20 November 2009, aku baru je mencapai umur 19 tahun. Dan sangat gembira dengan umur tu ! Yippi !

Tapi sebulan setengah kemudian, jadilah 1 Januari 2010 ! 

Bila orang bertanyakan umur aku, aku akan jawab 19 tahun...Pastu dorang tanya tahun aku lahir pulak, aku jawab la 1990..

"Aik. ni tahun 2010. so umur kamu 20 tahun la patutnya..."

Pastu aku akan memberontak. "saya akan jadi 20 tahun ! akan !"
Korang nampak x pe yang aku cuba sampaikan..Ok....Mungkin x nampak la...tapi korang faham x ???

X faham meh sini aku tepek selipar jepun saiz 8 kat korang !

Aiseh..gurau2 jer...aku gurau memang kasar sket...tapi hati lembut..dalam hati aku ada taman.......................

Ok. Berbalik semula...So, kesimpulannya aku sempat merasa jadi 19 tahun selama sebulan setengah jer...Tu yang aku x puas hati sangat tu...It's nothing when umur kita ni belasan tahun..Tapi bila mencecah 20, kita nak perasan muda lama-lama sikit...X boleh kerrrr???? 

Nasib baik aku lahir bulan 20 Nov. Yang lahir 31 Disember pulak...............Adoilar......Kesian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan