Ahad, November 07, 2010

Kisah Berhantu. Senarai. Malaysia Punya.Huhu~~

Terbaca Kosmo hari ini. Pastu terbaca pasal kisah Penjejak Alam Ghaib. Sapa yang tak baca kisah tu, boleh la gi baca kat online link Kosmo! Penjejak Alam Ghaib . Mamat tu agak kacak gak..Aish..Pe aku ter melalut pulak ni..Ish..Neway, Mamat tu pun geng2 blogspot gak nie. 

Sila tekan gambar untuk link direct ke Blog beliau. Beliau la mamat yang Shyima dok cakap2 tu. Si pencari hantu.


Ok. Bukan la pasal dia, yang menarik perhatian Shyima nak menulis post kali ini. 

Tetapi, di sidebar surat khabar Kosmo! hari ini ada senarai Lokasi di Lembah Klang yang aktif dengan aktiviti paranormal.Biar Aku taip balik.

highland tower.
1. Kondominium Highland Tower, Hulu Klang.
2. Institut Victoria, Kuala Lumpur.
3. Kediaman Elit Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
4. Jirat Cina Ampang, Kuala Lumpur.
5. Jirat Cina Brickfields, Kuala Lumpur.
6. Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
7. Tapak bekas Hospital Lady Templer, Cheras.
8. Kawasan Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
9. Kawasan berhampiran Poliklinik Cheras.
10. Jalan Kuala Lumpur ke Genting Highlands Resort.
11. Penjara Pudu, Kuala Lumpur.
12. Kawasan berhampiran MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor.
13. Kawasan Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Ok. Memang aku dok Teluk Intan, dan senarai yang aku senaraikan majoriti tak de kene mengena langsung dengan aku..Just aku tak puas hati, No.12 tu je..
MRSM KKB dari jauh.
Actually sebelum ni pun ade gak no.12 masuk dalam paper STAR. Tapi yang STAR senaraikan tu, sekolah berhantu..And sekolah aku menang nombor 4 , kalau tak silap. Aiseyh. Patut bukan menang. Tah pe term yang sesuai...Untuk satisfy kan hati aku. Aku Google pasal list haunted ,Malaysia pulak.

4. MARA Junior Science College, Kuala Kubu Bharu, Selangor – A white flying apparition can be seen in various parts of the building.

Link . Aku just amek sikit part je la..Nak ushar lebih gi la kat link terbabit...

Tapi . Setahu aku la..Sepanjang 5 tahun aku kat situ, aku amat bernasib baik la sebab tak mengalami apa-apa..Orang lain ada la..Tapi bagi aku gangguan yang terjadi kat no.12 sama je macam boarding school lain..Malah kisah2 orang lain lebih hardcore daripada apa yang aku tau..
asrama lelaki MRSM KKB

Bukan nak bangga diri sebab tak pernah kene gangguan, tapi macam rasa banyak lagi school lain yang lebih layak kot..Lagipun, aku n my beloved frenz...ermm..kitaorang selalu gak lepak kat blok akademik yang gila spooky tengah-tengah malam..dan ..erm..nasib baik la x de pe2 terjadi...Ah..Mungkin hantu dengan kitaorang 2 kali 5 kot...Mungkin..

Kawan-kawan Shyima dan Shyima sendiri pernah bukak rumah hantu untuk minggu aktiviti..Well..it goes well..juz ada kisah sikit la..

Kisah 1. 
Kawan-kawan Shyima tengah set up, arrange dan certain hantu tengah make up. Shyima pulak duduk kat position Shyima iaitu di corner kelas. Peranan Shyima jadi hantu rambut panjang,serba putih, muka merah, dan kitaorang ada set up kubur untuk port Shyima..Shyima pun nyanyi2 la kat depan kubur tu..Sambil belai-belai kubur tu. Time tu kitaorang tak lights off pun lagi..

Kawan Shyima, Farah die bawa kerusi untuk letak kat kawasan melepasi shyima. Lepas sahaja dia pusing, Shyima pandang la dia. Dia tergamam gila. Dia lepaskan kerusi. Dia lari ke pintu depan. Shyima ingat die takut tengok muka Shyima. Kiteorang pun teruskan rumah hantu kitaorang. Bila dah habis, Shyima tanya dia kenapa. Tapi die tak nak cerita la pulak. Bila kitaorang dah balik , baru die bagitau. Die kata ada lembaga hitam tinggi kat belakang Shyima. Terus semua takut nak dekat dengan Shyima. huhuhuhu..btw, Farah yang gila becok ni memang diam sangat malam tu, dan sepatutnya dia mintak nak jadi hantu gak malam tu, tapi tak jadi.

Kisah 2.
Ada seorang customer ni. Dia tanya kiteorang, 
"Kak Puteri ! Kak Puteri ye jadi pocong tadi. Besar betol." Tanya junior kiteorang. Puteri dah buat muka pelik babun dah...Bukan Puteri je yang pelik...kiteorang semua yang jadi hantu pun pelik.."Ha..ye la..aku la tu" Puteri cakap..Bila budak tu pergi, kami tanya sesama sendiri..'Ada ke pocong??' 

Well, actually, sebenarnya kami ada gantung pocong untuk rumah hantu tu. tapi, untuk hari pertama je. Hari kedua, kitaorang cabut sebab budak-budak cakap takut. Dan saiz pocong yang kami buat pun kecik je. Standard saiz untuk bantal peluk kecil. Puteri pulak bukan saiz tu !

Neway, ni yang Shyima cerita ni, memang betol2 berlaku..Tapi ni cuma kisah kat rumah hantu sempena minggu aktiviti je la...Cerita yang lain, belakang tabir, bawah selimut, atas kipas, dalam tandas tu tak payah la Shyima bangkitkan...

Eh,,Shyima ni macam menunjukkan bukti yang skul Shyima ni berhantu la pulak..Ish..Mungkin betul la tu kot...

Pe2 pun MRSM KKB merupakan tempat belajar yang aman damai. Pemandangan memang superb..Dengan bukit luas terbentang...Memang hijau dan damai sangat la ! Seswai untuk yang betul2 untuk belajar. (except me..).

asrama perempuan. belakang sana yang tengah de pembinaan tu IKBN.

P/s : Korang ade story mory gak tak??

p/s/s : shyima ni seorang yang penakut tengok cerita hantu or thriller sebenarnya. Tapi itulah genre yang sangat digemari. means kene ditemani orang la ketika menonton.

p/s/s/s/ : Malam ni sangat sejuk. n shyima x nak tdo awal. sebab nanti kul 3 sumting mesti terjaga. n terdengar la macam2 bunyi...




9 ulasan:

  1. kalu nak lebih cerita add wchat aq deagos4

    BalasPadam
  2. Akak saya student dkat mrsm kkb..saya form 1 baru je masuk tahun ni..tapi kwn2 ade ckp kawasan yg dkat dgn tangki mrsm kkb berhantu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menipu je kawan kawan kau tu
      Hahaahahah sakai

      Padam
  3. Saya budak dari mrsm kuala kubu bharu .. saya ni sixth sense .. akk saya rasa cerita akak ni memang betul tapi saya nampak lebih dari apa yang akk nmpak dan cerita akk

    BalasPadam
  4. Boleh terqngkan pasal floor 4 x??

    BalasPadam
  5. Boleh terqngkan pasal floor 4 x??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha bile azwan tanye psl floor 4 KANTOI ngan aq lel.Senang je psl floor 4 tu,jangan main2 atas tu.Baru2 batch abg maen atas tu.Pk2kan ape jadi lepas tu -kimi

      Padam
  6. sy form 1 thn ni.sy dgr banyak cite psl pokok sebelah BELAKANG kelas 1E.betul ke benda tu ada kat situ?

    BalasPadam