Isnin, Disember 13, 2010

Giveaway Separuh Jiwang

GiveAway Separuh Jiwang! Sila,sila dan Sila tekan link ini ye.Siapa nak hadiah ? Free free je dapat tau. Ingat senang ke orang nak bagi hadiah free?? Kecuali birthday lor... Mesti seronok kan dapat hadiah...Anyway, rakan -rakan yang dikasihi sekalian. Sempena giveaway ni, Shyima nak buat satu entry spesel yang berkaitan sikit. Tentang cinta Shyima yang separuh jiwang. Jom,jom,jom,jom klik klik !

Based on a true story.

Shyima couple dengan Aan masa darjah enam. Dia ni tinggi lampai orangnya. Lantang bersuara tanpa rasa takut pun. Kami jadi couple atas sebab yang kami berdua sendiri tak pasti. Ia terjadi dengan sendiri. Shyima tak pernah minta dia jadi couple Shyima, Aan pun tak pernah minta Shyima jadi couple dia, tapi kami digelar dan bergelar couple oleh rakan-rakan sedarjah. Pelik kan?


Tapi puncanya bermula dari Shyima sendiri, agaknya. Shyima ada tabiat yang membuang tebiat dan tak mesra alam langsung. Shyima suka conteng kertas. Banyak sangat kertas. Satu hari tu, Shyima kusyuk sangat conteng kertas sampai tak perasan orang lain tengah kehairanan melihat Shyima jadi pendiam sangat. Biasanya Shyimalah makhluk paling kecoh macam murai dalam kelas tu.

Kawan-kawan lelaki kelas Shyima tiba-tiba rampas kertas yang Shyima conteng tu. Dorang tengok beramai-ramai. Shyima buat muka derk je. Nak takut buat pe. Sebab apa yang Shyima conteng waktu tu adalah :

Tiba-tiba dorang jadi kecoh. Bising beramai-ramai melihat kertas conteng Shyima tu.
“Ohhh…..Kantoi…Ko suka..erm..sapa ye..enam tempat kosong ni..”
Shyima gelak-gelak dah. La..Dorang fikir Shyima tulis nama orang yang Shyima suka ke…
“Bukanlah. Bukan.”
“Aku tau sapa! Enam..Ha,Zafran !!!”
“Hei. Apa ni? Bukanlah. Sapa Zafran?”
“Aan lah. Aan kelas sebelah.”

Tak sempat Shyima nak cakap apa-apa, geng budak-budak lelaki tu pun pergi ke kelas sebelah dan bagitau Aan. Dorang bagitau Shyima suka Aan. Macam pisang goreng panas, gossip pasal Shyima suka Aan tersebar meluas.

Shyima yang tak berapa kenal dan sebenarnya tak berapa cam muka Aan, terus kenal dan cam muka dia walaupun dari jarak jauh. Kelas Shyima pulak terletak kat laluan utama ke tempat perhimpunan, kantin dan kelas PJ dan kelas muzik. So, terpaksalah Aan tu lalu situ selalu. Dan tiap kali dia lalu situ, satu kelas Shyima akan bising macam beruk nampak pelawat bagi pisang. Malulah Shyima !

Tapi setiap kali dia lalu, kitaorang akan exchange glance dan melemparkan senyuman masing-masing. Maka, dari mata ke mata, ke hati, hati ke hati. Malangnya kami berdua ni pemalu sangat. Sangat-sangat! Kami tak pernah jumpa face-to-face. Eye to eye. Tak pernah!

Pernah kawan Shyima yang ada couple ni bawa Shyima ke tingkat 4 (perpustakaan). Waktu tu perpustakaan tutup. Shyima pelik ke mana dia nak bawa Shyima. Dia kata dia nak Shyima teman dia dating. Shyima cakap tak nak. Sebab tak nak mengganggu orang lain dating. Lagipun apa Shyima nak buat time dia tengah dating. Lepas tu dia pecah tembelang, dia kata Aan nak jumpa. Terus Shyima lari turun tangga dan menyorok dalam kelas.

Aan pun pemalu jugak. Ada time tu dia baru sampai ke sekolah, dia nampak Shyima depan pintu kelas, Shyima pun nampak dia kat pagar sekolah. Kami berdua lari tanpa arah. Menyorok. Disebabkan pemalu sangat, kami berutusan surat je. Aan pun rajin telefon rumah Shyima. Petang-petang dia lalu depan rumah Shyima naik motor. Nampak cool sangat!

Shyima pulak akan perhatikan dia senyap-senyap. Nampak basikal dia pun Shyima jadi excited sangat. Pantang nampak bayang Aan, Shyima jadi excited macam jantung nak terkeluar, senyuman tak boleh nak disembunyikan langsung.

Kami pernah bertukar gambar. Shyima bagi gambar tak pakai tudung dan pakai seluar pendek paras lutut kat dia. Lepas tu dia suruh tukar. Dia nak gambar yang pakai tudung. Malu Shyima. Shyima bagi gambar pakai uniform sekolah dan sedang pegang bulu ayam kat dia.

Yang paling bestnya tentang Aan ni, dia suka bagi hadiah. Mungkin dia tahu Shyima suka Teddy Bear, dia ada hadiahkan banyak hadiah berunsur teddy bear. Shyima pulak jarang bagi dia hadiah. Jarang sangat.Satu-satunya hadiah yang Shyima bagi kat dia, topi. Beli waktu pergi rombongan. Aan pun ada dalam rombongan tu.

Dalam bas rombongan, Aan duduk belakang sekali. Shyima duduk tengah-tengah. Lepas shopping, dia pass hadiah yang dia beli. Dia bagi teddy bear kecik yang ada tulis ayat kat belakang kotaknya. Beria-ria dia menjerit dari tempat duduk dia,suruh Shyima baca ayat tu. Topaz. ………November……….bring joy,love…..Shyima tanyalah (dari tempat duduk Shyima), apa dia yang penting kat ayat belakang ni. Dia kata perkataan LOVE. Tapi Shyima tak faham pe kaitan dengan Shyima.

Dan bila Shyima bagi topi tu kat dia, dia bising.
“Berapa harga topi ni? Cakaplah.”
“Hadiah mana boleh cakap.”
“Cepatlah cakap. Kalau mahal aku tak nak.”
“Kalau cam tu berapa harga teddy ni?”
“xxxxxx”
“Kalau cam tu harga topi tu xxxx”
Satu-satunya hadiah yang Shyima bagi dia, buat dia marah nampaknya. Tapi Shyima faham la sebabnya.

Hari terakhir sekolah, dia tak datang. Shyima rasa sedih betul. Tak terkata. Lepas tu kawan dia pass sesuatu kat Shyima. Dia kata Aan suruh bagi. Shyima tengok apa dia bagi. Rantai, cincin dan teddy. Shyima gembira sangat. Tapi Shyima tak ada hadiah untuk dia. Shyima ada surat je.

Shyima suruh kawan dia pass surat tu kat dia. Tak tahulah apa kesudahan surat tu sebab since last day sekolah itu, kami tak pernah berjumpa sehingga sekarang. Ditambah pula factor Shyima duduk asrama. Memang terus lost contact. Lepas tu Shyima dapat tahu dia pindah.

Hubungan yang bermula begitu saja maka akan berakhir begitu saja. Tanpa apa-apa declare dan bersua muka. Tapi hubungan tu sangat sweet dan innocent.

2 ulasan:

  1. wahh..panjang kisahnya ea..tenkiu sebab join..=)

    BalasPadam
  2. wah..dah baca pulak tu..pantas bertindak..mekasih bace...

    BalasPadam