Jumaat, Disember 10, 2010

Si Tabah Jadi Penakut Sebentar.

Gila kentang Potato Chip Bersumber Goguma ! Hahahaha. Serious aku cakap, ini sewious ! Setakut manapun aku selama ni, ni malam pertama (malam pertama??) aku lari daripada bilik akibat ketakutan. Please take note that : Lari yang dimaksudkan berunsur hiperbola.

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan taulan blogger sekalian, tak kira sama ada anda follower atau usher..(heh?? x kelakar pun)…maksud aku, usha-er….Aku hari ni nak cerita sikit apa yang terjadi malam tadi sampai aku ketakutan sangat tu.


Macam biasa, aku ni makhluk yang tidur awal. Sekitar 10.00 malam ke atas, aku dah mula menidurkan diri..Dan semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak ni, aku selalu terjaga tiba-tiba sekitar jam 3.00 pagi ke atas.

Punca aku terjaga sekitar jam 3.00pagi kebelakangan ini ialah kawan sekolah rendah aku.Jeng,jeng. Raya tahun ni, kami berjumpa setelah sekian lama tak bertentang mata. Disebabkan majority ada pengalaman duduk asrama, masing-masing pun menceritakan kisah berhantu masing-masing….huhuhuhuhu…

Seorang rakan aku,Farah Aziz (Bukan Nama Sebenar) telah mengeluarkan satu statement yang berbunyi :”Ye lah. Hantu-hantu ni biasanya aktif pukul 3.00 pagi ke atas tau!”

Aku yang sebelum ni fikir hantu HANYA aktif sekitar 12.00 malam hingga 2.00 pagi mula berubah fikiran. Sekarang aku fikir hantu ni aktif tiap-tiap masa , tapi paling hardcore pukul 3.00 pagi ke atas..

So, tepat pukul 3.00 pagi pada 10 Disember 2010 bersamaan hari Jumaat (hari ini), aku tiba-tiba terjaga. Aku tengok jam kat handset. Ye, lagi sekali terjaga pukul 3…sejak perjumpaan hari tu…Huhuhuhuhu..Aku rasa tak sedap hati..Aku bukak mata luas-luas.

Thump ! Scretch…Scretch……..Grok,gror,grrook…Tock,tock,tock…..

Aku dengar. Dengan jelas. Mesti kat atas rumah nenek yang terletak bersebelahan rumah aku a.k.a bilik aku. Aku think positive. ‘Mesti kucing. Takpun ayam. Takpun burung.’

Thump ! Scretch…Scretch……..Grok,gror,grrook…Tock,tock,tock…..

Makin kuat pulak. Sekali lagi aku think positive. ‘Mesti berat binatang-binatang tu.’
Thump ! Scretch…Scretch……..Grok,gror,grrook…Tock,tock,tock…..

‘Aish ! Sh*t! Atas bumbung aku pulak! Steady, jangan takut. Lawan takut tu. Benda-benda TU suka kacau orang yang takut’

Tock,tock,tock,tock..Huhuhuhuhuhu….

‘Betina mana pulak……Nangis merata-rata….Main ketuk-ketuk pintu?/bumbung? pulak…Steady Shyima…Steady….’

Steady, steady aku pun , dengan sepantas kilat melompat dari katil pastu aku tekan suis lampu. Terang benderang bilik aku tau.
Tock,tock,tock !

Secepat mungkin aku angkat Yasin dan tunjuk ke bumbung. Sambil tu aku baca ayat Kursi. Tapi tersekat-sekat…Aku tak ingat..! Sambil Yasin masih aku tunjuk menghala ke bumbung, aku toleh atas katil aku yang ada ayat kursi..Aku baca…Tak lepas jugak…Aku think positive lagi..’Tengah cemas memanglah tak dapat baca apa-apa pun..time-time ni pulak nk cemas..ish..kene bertenang ni..’

tock, scretch,thump,Tock,tock

‘Aku kena call seseorang ni..Yang boleh calm aku..Ah,ha! Boyfriend aku lar..Aish..X angkat pulak…Call mama pulak la..’
“Mama, nak tidur kat bilik aiman boleh tak?”
“Kenapa”
“Ada bunyi-bunyi”

Mama pun datang ke bilik aku. Tersengih-sengih malu aku bila mama tengok orang cam aku ni penakut cam tu..Malu lar…

Pastu aku pun tidur kat bilik Aiman…Lega…Rasa selamat dan ..of course mengantok…Aiman pun dah pelik-pelik tengok perangai aku..Tapi aku ingatkan dah tak de bunyi-bunyi dah..time aku betul-betul nak terlelap dah tiba-tiba aku terjaga ! tersentak ! dengan bunyi tok,tok…

Kali ni aku try baca ayat kursi lagi…dan berjaya baca sampai habis tanpa melihat sumber-sumber tulisan..Lepas tu semuanya senyap dan aku pun tidur dengan nyenyaknya…


P/s : gaya aku cerita macam hiperbola jer..tapi ni la detail yang terjadi malam tadi..dengan TEPATnya..even dialog pun TEPAT !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan