Selasa, Julai 13, 2010

My Interview -Latest n Sensasi- !!!! + Funny + Idiot Sikit.

Terjadi pada hari ini, bermula jam 2.15 petang hingga 4.15 petang. Bermula gak pabila abah ajak ak g interview as a clerk di ayer kuning.

Abah : Mima. Kamu nak pergi interview tak? Jawatan kerani. Gaji RM800 basic. Blm campur elaun lagi.
Mima : Ok. Tp nanti I nak gi keje naik pe?
Abah : Abah hantar boleh. Kamu naik motor pun boleh.

Ha..macam greenlight jugak la bagi aku. Hepi untuk pangkah title penganggur tue. Tapi, in the same time bengkek jugak sebab baru nak bagitau. Time abah bagitau tu dah pukul 2.15. Interview pukul 3.. Aku pun iron la baju kurung, gi mandi. Sambil bebel pasal fail sijil aku tak susun lagi (since last time g fotostat).

Sampai2 kat sane, aku n abah tunggu lah orang atasan ni.Bile dorang dah datang, aku isi borang n then dorang panggil aku untuk interview. In the meeting room at that time. Bagi yang pernah pegi interview mesti faham kan feeling aku. Kinda nervous. Tp aku tak de lah nervous seperti dulu punye interview.

Dulu aku pernah kene panggil interview untuk masuk kos diploma in mass com kat uitm. Tp dgn easy nyer aku fail. Ok, berbalik kepada interview hari ni..Aku pun pegi la masuk bilik meeting tu.

Orang 1 : Kamu tahu tak kamu nak apply post apa ni?
Mima : Tau. As a clerk.
Orang 1 : Mari saya tengok resume kamu. La, kenapa kamu tak sambung belajar. Dah bagus sangat ni. Sambung degree kat uitm pastu jadi cikgu. Senang.
Orang 2 : Ok, Cerita sikit pasal diri kamu.

Aku pun cerita lah. Tapi in the same time,aku blur gak nak citer pasal ape. Tp siyes, aku mix Malay n English sepanjang interview tu. Ni sume ni ak potong2 lar n aku skip kat part yang cam bodoh sket. Aku ni memang kalau dah blur, slumber badak aku je nak jawab ape.

Orang 1 : Sanggup ke awak keje sampai pukul 9 malam? Bukanlah ini syaratnye, tapi kadang2 awak kene overtime lebih kurang pukul 9 malam semata-mata nak siapkan semua kerja nie. Kalau lambat siap, orang tak dapat duit.

Aku wat muke sikit. Dalam hati aku, pukul 9. Aku nak merempit naik motor tanpa lesen sejauh ni?? Aku tak kisah, tp parent aku ok ke? Maka aku pun jawab kat orang tu..

Mima : Erm..saya pergi tanye ayah saya boleh?
Orang 1 : Tu ayah awak ke kat luar tu?
Mima : Aah.
Orang 1 : Awak tak boleh buat cam ni kalau interview sebenar. Kami nak tengok awak konfiden. Awak kene konfiden.
Mima : Saya memang yakin saya boleh buat. Tapi saya tak yakin parent saya benarkan...
Orang 1 : Awak. Dalam interview awak tak boleh cakap macam ni tau.
Orang 2 : Ok lah. Dalam masa 2,3 hari lagi kami telefon. Kalau awak dapatlah. Kalau awak tak dapat, kami tak telefonlah.

p/s: perbualan ini dipotong kerana banyak unsur puji aku. (cey..hehehehe..bangge diri plaks aku ni..nyampah)

Ni biar aku sambung sikit. Pasal interview untuk dip mass com kat uitm niey.

Aku kene panggil interview kat uitm perak. Untuk pilihan pertama aku, Dip in Mass Com. Memang minat aku. Time aku kene panggil ni, aku bru 2,3 hari balik dari plkn. Pas setel salinan sijil la, cop la ak pun pergi la interview tanpa fikir pe2 pun.

Yang macam bodohnye, aku blur giler hari tu. Lagipun, untuk pengetahuan korang, time tu kerajaan n menteri baru sahaja dirombak n aku tak tau pasal siapa2 pun. Mule2 penemuduga tu tanye siape Menteri Pertanian..Sumpit aku tak taw..Tapi melampau lah even tak tau PM sapa kan?? Ha, akulah si pelampau tu..Penemuduga pas2 tanye siapa PM? Aku diam. "Bapak die merupakan bekas PM negara kita?" . Aku diam.

"You get out from here, plz. " 


Ha,amek aku sebijik. Bapak giler blur nyer..Dah masuk kereta baru aku ingat nama PM. Anak Tun Razak. Urgh..Padan muke aku..Tp pengalaman mendewasakan kite kan..hehehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan