Terdetik kat hati aku, macam ni la perasaan orang pergi kerja setiap hari ye?? Tapi mesti perasaan malas dorang lebih kuat sebab dorang dah melalui kehidupan yang sama dalam tempoh yang lebih lama, berbanding aku yang baru je sehari pegang title pekerja nie....
Cube korang cakap kat aku, korang if first time berkenalan, first time jumpa, first time di suasana baru, first time kerja tanpa pengalaman selain praktikal, hah..pe perasaan korang???
Mesti gugup kan. Gugup giler nak bercakap pun. Macam ade emas berketul-ketul dalam mulut...
Gaya cakap plak, mesti skema nak mampus.."Oh, mintak maaf, saya dah buat silap. Macam mana ni?? Oh, x pe ke?"
Geli minah betul aku dengar.
Tapi, aku la si geli minah tu. Gaya bercakap aku ketika pertama kali berkenalan, mesti macam tu. Skema nak mampus..
"Kak, saya nak pergi toilet dulu ye?"
Hahahaha................boooooookat diri aku sendiri..........
Tapi nak buat cam ne...Aku x reti la cakap aku,ko pada mule2 perkenalan..Aku susah untuk tidak menjadi formal if baru kenal...Tapi kalau dah lama kenal...Hah..Cakap bukan main kasar..Mencarut2 pun ade...
Bile aku interview kawan-kawan apatah lagi guru-guru yang mengajar aku, dorang akan cakap cam ni :
" Mule2 saya nampak muke awak, saya ingat awak ni budak baik sangat..sopan..pemalu....tapi...dah lama kenal, perangai bukan main hampeh lagi..teruk betul" kata cikgu Isni..cikgu mrsm kkb time aku form 3..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan